SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.
SABAH

Komuniti Sabah - Negeri Dibawah Bayu

SELAMAT DATANG KE SABAHAN.BIGFORUMPRO.COM BERFORUM UNTUK MENGUPAS PERSOALAN DAN SEGALA MASALAH YANG ANDA HADAPI BERSAMA-SAMA DENGAN RAKAN ONLINE SABAHAN. TEMUI PENYELESAIAN PERSOALAN ANDA MELALUI INTERNET.

    Keagamaan : 9 Nafsu 1 Akal

    Share

    lutau
    Kapten
    Kapten

    Female
    Number of posts : 1619
    Age : 37
    Popular :
    100 / 100100 / 100

    Registration date : 2008-07-12

    Keagamaan : 9 Nafsu 1 Akal

    Post by lutau on Sun Feb 08, 2009 11:37 am

    Sering sekali kita mendengar di kalangan masyarakat kita kata-kata bahawa wanita itu mempunyai sembilan nafsu dan satu akal. Kita tidak pasti dari mana kata-kata ini diambil. Yang pastinya Al-Quran dan As-Sunnah tidak menetapkan begitu.

    Kata-kata ini seolah-olah menggambarkan bahawa wanita itu kurang 80 peratus akalnya berbanding lelaki padahal ini bukan hakikatnya.

    Memang terdapat hadith Nabi saw yang sahih yang menyebut tentang kekurangan akal wanita berbanding lelaki. Nabi saw bersabda dalam hadith dari Abi Saeed Al-Khudriyy r.a yang menceritakan : Nabi saw keluar pada hari Iid Al-Adha atau Al-Fitr** ke tempat solat. Kemudian baginda lalu di hadapan para wanita lalu berkata: Wahai kaum wanita, bersedekahlah kerana sesungguhnya aku melihat bahawa kebanyakan ahli neraka adalah dari kalangan kamu (wanita). Maka para wanita itu bertanya: Mengapa wahai Rasul Allah, Nabi saw berkata: Kamu suka melaknat dan kamu kufur (tidak berterima kasih) kepada suamimu. Aku tidak pernah melihat sesiapa yang lebih kurang akalnya dan agamanya berbanding kamu. Seorang lelaki yang waras boleh dipesongkan oleh kamu. Maka para wanita itu bertanya: Apakah kekurangan akal kami dan agama kami wahai Rasul Allah ? Nabi saw bersabda: Bukankah kesaksian wanita itu menyamai separuh kesaksian lelaki ? Maka para wanita itu menjawab: Ya Lalu Nabi saw menyambung lagi: Maka itulah kekurangan akalnya. (Dan) bukankah bila wanita itu datang haidh dia tidak solat dan tidak berpuasa? Para wanita menjawab: Ya. Maka Nabi saw berkata: Maka itulah kekurangan agamanya. [Sahih Al-Bukhari, Kitaab Al-Haidh]

    Imam Ibn Hajar yang mensyarahkan hadith ini menyebut bahawa terdapat juga wanita yang lebih pandai berbanding lelaki dan perkara ini kita semua sedia maklum akan kebenarannya.

    Malah Allah swt merakamkan kisah pemerintah Saba yang merupakan seorang wanita yang bijaksana dalam Suurah An-Naml ayat 22 hingga 44. Para isteri Nabi saw juga adalah tokoh-tokoh yang bijaksana dan mahir dalam hukum-hakam agama. Mereka itu mengajar para sahabat Nabi saw dari kalangan lelaki dan nasihat-nasihat mereka sering diambil oleh Nabi saw dalam pelbagai permasalahan kehidupan.

    Mitos bahawa wanita mempunyai hanya satu akal dan sembilan nafsu adalah kata-kata yang tidak ada sumbernya dalam agama ini dan tidak wajar sama-sekali disebarkan.

    Wallahualam.

    ** Keadaan tersebut disebut syak rawi dimana perawi hadith tidak pasti sama ada keadaan tersebut berlaku pada hari raya 'Iid Al-Fitr atau 'Iid Al-Adha


    _________________

    (`r.Lѕ)
    Sabahan Welcomer
    Sabahan Welcomer

    Female
    Number of posts : 7712
    Age : 30
    Location : Atas Pokok Tarap.ekekek..
    Popular :
    90 / 10090 / 100

    Registration date : 2008-10-21

    Re: Keagamaan : 9 Nafsu 1 Akal

    Post by (`r.Lѕ) on Sun Feb 08, 2009 11:42 am

    Imam Ibn Hajar yang mensyarahkan hadith ini menyebut bahawa terdapat juga wanita yang lebih pandai berbanding lelaki dan perkara ini kita semua sedia maklum akan kebenarannya.
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ermmm btul pon...xkan semua lelaki jak yg pandai.tgok skrg ramai menteri2 wanita Smile :malas:

      Current date/time is Sun Dec 04, 2016 11:52 am