SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.
SABAH

Komuniti Sabah - Negeri Dibawah Bayu

SELAMAT DATANG KE SABAHAN.BIGFORUMPRO.COM BERFORUM UNTUK MENGUPAS PERSOALAN DAN SEGALA MASALAH YANG ANDA HADAPI BERSAMA-SAMA DENGAN RAKAN ONLINE SABAHAN. TEMUI PENYELESAIAN PERSOALAN ANDA MELALUI INTERNET.

    Tangisan Airmata

    Share

    lutau
    Kapten
    Kapten

    Female
    Number of posts : 1619
    Age : 37
    Popular :
    100 / 100100 / 100

    Registration date : 2008-07-12

    Tangisan Airmata

    Post by lutau on Mon Feb 16, 2009 10:29 pm

    Tangisan airmata

    Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w bersabda;

    Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.

    Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat : seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran airmatanya.

    Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.

    Berkata Salman Al Faarisi r.a., "Aku dibuat menangis atas 3 perkara jua" :
    1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat.
    2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
    3) Aku tidak tahu samada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.

    Berkata Ibnu Qayyim, terdapat 10 jenis tangisan. Iaitu;
    1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
    2. Menangis kerana rasa takut.
    3. Menangis kerana cinta.
    4. Menangis kerana gembira.
    5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
    6. Menangis kerana terlalu sedih.
    7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
    8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
    9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
    10. Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

    ..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis. (An Najm : 43)

    Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya tangisan itu sendiri. Banyak airmata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

    Tangis yang tercela dan terpuji :

    Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

    Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

    Airmata yang tidak di tuntut :

    Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya?
    Janganlah menangis nonton filem hindustan.. itu kan cuma lakonan.
    Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
    Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan, mungkin kita kurang membuat persediaan.
    Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan, sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
    Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat yakinlah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

    Tangisan yang memadamkan api Neraka :

    Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali airmata. Sesungguhnya airmata dapat memadamkan selautan api neraka.

    Air mata taubat Nabi Adam a.s ;

    Nabi Adam menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari airmatanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan airmata Adam lalu berkata,Manis sungguh air ini. Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.
    Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.

    Dari itu.. :malas:

    Simpanlah airmata tangisan itu buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Serulah airmata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

    Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

    Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
    Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
    Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbi-mu,
    ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.
    Sad


    _________________

    (o.egem.o)
    Forum Addicted
    Forum Addicted

    Male
    Number of posts : 4063
    Age : 31
    Location : d mana2 aku sll stay d c2 la..
    Popular :
    50 / 10050 / 100

    Registration date : 2009-01-28

    Re: Tangisan Airmata

    Post by (o.egem.o) on Mon Feb 16, 2009 10:30 pm

    berdiri bulu roma ku ni..

    eddy
    Laftenen
    Laftenen

    Male
    Number of posts : 455
    Age : 36
    Location : amsterdam konon...
    Popular :
    1 / 1001 / 100

    Registration date : 2009-02-16

    Re: Tangisan Airmata

    Post by eddy on Thu Feb 19, 2009 11:32 am

    Terima kasih diatas renungan yang diberikan untuk tatapan bersama muda2an Allah melimpahi rahmat untuk tuan.... :salam:

    (`r.Lѕ)
    Sabahan Welcomer
    Sabahan Welcomer

    Female
    Number of posts : 7712
    Age : 30
    Location : Atas Pokok Tarap.ekekek..
    Popular :
    90 / 10090 / 100

    Registration date : 2008-10-21

    Re: Tangisan Airmata

    Post by (`r.Lѕ) on Thu Feb 19, 2009 12:16 pm

    Berkata Ibnu Qayyim, terdapat 10 jenis tangisan. Iaitu;
    1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
    2. Menangis kerana rasa takut.
    3. Menangis kerana cinta.
    4. Menangis kerana gembira.
    5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
    6. Menangis kerana terlalu sedih.
    7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Crying or Very sad Crying or Very sad Crying or Very sad mmg mudah menangis ni.. Crying or Very sad

    eddy
    Laftenen
    Laftenen

    Male
    Number of posts : 455
    Age : 36
    Location : amsterdam konon...
    Popular :
    1 / 1001 / 100

    Registration date : 2009-02-16

    Re: Tangisan Airmata

    Post by eddy on Thu Mar 05, 2009 11:27 am

    Kesiannyer dia...confirm memang lembut hati Very Happy

    (`r.Lѕ)
    Sabahan Welcomer
    Sabahan Welcomer

    Female
    Number of posts : 7712
    Age : 30
    Location : Atas Pokok Tarap.ekekek..
    Popular :
    90 / 10090 / 100

    Registration date : 2008-10-21

    Re: Tangisan Airmata

    Post by (`r.Lѕ) on Thu Mar 05, 2009 12:04 pm

    Crying or Very sad adeh..mmg mcm tu ba sa ni eddy.....cpt kesian.n cpt ngis bila tgok penderitaan org lain... Crying or Very sad xsegan2 lgi tu kuar air mata dpn org...adui.mcmana maw ks ilang ni... Crying or Very sad

    eddy
    Laftenen
    Laftenen

    Male
    Number of posts : 455
    Age : 36
    Location : amsterdam konon...
    Popular :
    1 / 1001 / 100

    Registration date : 2009-02-16

    Re: Tangisan Airmata

    Post by eddy on Thu Mar 05, 2009 12:09 pm

    Bgs la bah..ada feelling cam tu bkn sume urg ada lo..sia pun tk dpt rasa begitu sikarang sdh.Bg sama sia lah heheheh Very Happy

    Sponsored content

    Re: Tangisan Airmata

    Post by Sponsored content Today at 2:28 am


      Current date/time is Sun Dec 11, 2016 2:28 am