SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.
SABAH

Komuniti Sabah - Negeri Dibawah Bayu

SELAMAT DATANG KE SABAHAN.BIGFORUMPRO.COM BERFORUM UNTUK MENGUPAS PERSOALAN DAN SEGALA MASALAH YANG ANDA HADAPI BERSAMA-SAMA DENGAN RAKAN ONLINE SABAHAN. TEMUI PENYELESAIAN PERSOALAN ANDA MELALUI INTERNET.

    Cerpen Tajuk ~*~SalamTerakhir ~*~

    Share

    warna_hot
    Laftenen
    Laftenen

    Female
    Number of posts : 409
    Age : 31
    Location : petaling jaya selangor
    Popular :
    200 / 100200 / 100

    Registration date : 2008-07-13

    Cerpen Tajuk ~*~SalamTerakhir ~*~

    Post by warna_hot on Fri Feb 20, 2009 1:55 pm

    ~*~SalamTerakhir ~*~

    Bersendirian di kamar terasa dirinya bagaikan terlontar ke sebuah daerah yang begitu asing. Sesekali ingin rasanya dia meratap pada nasib yang menimpa dirinya. Tetapi untuk apa? Walaupun kamar itu dibanjiri oleh airmata, apakah dapat mengubah takdir yang telah ditetapkan untuk dirinya. Helmie melangkah longlai menuju ke jendela, dari situ dia dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah. Selama ini pemandangan itulah yang menjadi sumber ilham untuk dia berkarya. Tapi kini…. Pemandangan itu hanya menambah sebak didada.
    Aku akan tinggalkan segalanya…. Tinggalkan Mama, Papa dan semua yang menjadi milikku. Tiada siapa lagi dapat menahan pemergiannya, pergi yang tiada kembali. Mengingatkan Mama…hatinya merasa sungguh sayu. Dia sendiri tidak menduga dengan berita yang disampaikan oleh Doktor Rizal, berita yang membuat dirinya menjadi seorang yang pendiam, berduka dan mengurungkan diri sepanjang hari.
    Akhirnya Helmie ambil keputusan untuk bercuti, biarlah dia ambil peluang ini untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah dan dapat menyumbangkan karya yang mungkin akan menjadi satu kenangan bila dia sudah tiada lagi. Pergi yang tak dipinta…tapi tetap dijemput.
    “Mama….. Helmie rasa, Helmie nak pergi bercuti” ujarnya suatu petang sewaktu minum bersama Mamanya di halaman rumah. Bunga Ros begitu cantik berkembangan. Helmie menghampiri pasu bunga dan mencium keharuman ros yang dijaga rapi oleh Mak Munah, pembantu rumah mereka.
    “Mie nak ke mana ni sayang? Mama tengok Mie macam tak sihat saja sejak kebelakangan ini. Mie sakit ke?” Datin Salmie datang menghampiri Helmie. Memegang bahu Helmie dengan penuh kasih sayang seorang ibu.
    “Mie sihatlah Mama… Mie nak cari idea untuk karya Mie yang terbaru. Mama jangan risaukan Mie” Helmie tersenyum menyembunyikan gelora yang menghempas di sanubarinya. Helmie menarik tangan Mamanya ke meja untuk minum bersama.
    “Hanya Mie seorang anak Mama..bagaimana Mama tak risau”
    “Mama…. Kalau Mie tak ada nanti… siapa yang akan temankan Mama?” ada sendu di hujung ucapannya. Helmie menatap wajah Datin Salmie dengan perasaan yang dia sendiri sukar untuk mentafsirkannya.
    “Lama ke anak Mama ni nak bercuti? Jangan lama sangatlah sayang…sunyi Mama nanti” Datin Salmie memegang erat tangan Helmie. Perasaan keibuannya tersentuh bila memandang wajah Helmie yang muram sejak kebelakangan ini. Dia sendiri tak pasti dengan perubahan anaknya itu.
    Senyuman Mamanya menambahkan pedih di hatinya. Kalau mampu dia juga tak nak biarkan Mama kesunyian. Helmie maklum benar kesibukan Papanya, Mama juga sering meluahkan perasaan sunyinya. ‘Kesian Mama… hanya dikurniakan seorang anak, dan anaknya akan meninggalkan dirinya’ pilu rasa hati Helmie. Hanya Allah yang tahu gelora yang melanda perasaannya tika itu.
    “Kenapa anak Mama sedih ni… Mama izinkan Mie pergi bercuti. Jangan risaukan Mama, tapi janji…. Mesti selalu telefon Mama.. Okey” Datin Salmie mengucup dahi Helmie dan beredar ke dalam bila terdengar deringan telefon.
    Helmie hanya mampu tersenyum, dan senyuman itu hanya dirinya yang mengerti. Tak sampai hatinya untuk menceritakan hal sebenar. Dia tak sanggup melihat Mamanya berendam airmata. Biarlah hanya dia yang tanggung segala suratan yang telah tersurat buat dirinya.

    *****************

    Dah dua hari Helmie di Pulau Lagenda, suatu pulau yang begitu unik buat dirinya. Keindahan yang tiada tandingannya. Helmie berjalan di persisiran pantai, tak lupa juga sebuah buku nota bukan saja untuk mencatat idea untuk berpuisi tapi juga melakarkan keindahan alam. Helmie mempunyai bakat melukis dari Papa dan berpuisi dari Mamanya. Itulah kebanggaan Papa dan Mama pada dirinya.
    Menyusuri pantai…melihat ombak yang ramah menyapa kaki memberi sedikit kegembiraan dihatinya. Helmie melihat tapak-tapaknya hilang bila ombak menghempas pantai. ‘Tapak itu umpama kehidupan didunia ini, hanya sementara bila tiba waktu dijemput pulang…’ bisik hati Helmie.

    Helmie terpandang seorang gadis dibawah pokok, sejak dia datang ke situ gadis yang sama juga berada disitu. Bagaikan tempat itu sudah dikhususkan buat dirinya. Helmie menghampiri. Sekurangnya dia bakal ada teman nanti.
    “Assalammualaikum…” Helmie ramah menyapa. Berharap benar agar dia tidak menganggu dan gadis manis itu sudi berkenalan dengannya.
    “Waalaikummussalam…” Tersenyum..tapi matanya tepat memandang ke tengah lautan yang luas. Seolah kehadiran jejaka itu sedikit pun tidak menganggu keindahan yang begitu menarik dihadapannya.
    “Saya Helmie, maaf kiranya menganggu saudari” sambil menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. Helmie cuba tersenyum dan mengharapkan senyumannya sebagai pemanis perkenalan.
    “Tak mengapa…saya Julia” Tersenyum. Manis….tapi tangan yang dihulur tak bersambut. Hairan pulak bisik hati Helmie. Orangnya nampak peramah dan mesra tapi tangan ku hulur tak disambut.
    “Awak dari mana? Datang melancong di sini ye…” begitu manis senyumnya apa lagi dihiasi lesung pipit dikedua belah pipi yang gebu.
    “Mie dari Kuala Lumpur datang bercuti disini, Cik Julia ni orang sini ke?”
    “Lia orang sini, anak seorang nelayan yang cacat penglihatan” ada sayu di hujung suaranya. Bukan mengharap simpati. Tapi berterus terang agar tidak disalah erti kiranya dia tak memandang wajah orang yang berbicara.
    Patutlah salam tak disambut….rupanya dia tak nampak. Dia lebih malang dariku… kasihan… Helmie bersimpati dengan nasib Julia.
    “Kenapa Mie diam saja, tak suka berkawan dengan orang cacat seperti Lia?” matanya tetap ke arah lautan yang luas. Entah apa yang ada difikirannya.
    “Bukan begitu, jangan salah sangka. Mie tak sangka yang Lia tak nampak. Patutlah Mie hulurkan tangan Lia tak sambut” Helmie tersenyum .
    “ Iye..ke..maafkan Lia” sambil ketawa manja .
    “ Tak mengapa..” Helmie menatap wajah Julia yang ayu. Apa yang dapat ku bantu. Aku sanggup lakukan apa saja sebelum hayat ku berakhir. Inilah yang dinamakan suratan hidup fikir Helmie. Kita sering memikirkan akan malang yang menimpa diri kita, sedangkan masih ada lagi orang yang lebih malang dari kita. Kasihan Julia. Masih muda dan ayu…tapi cacat penglihatan. Sekuranganya aku dapat juga menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang begitu indah. Tapi dia….hanya kegelapan sepanjang hidupnya.
    Masing-masing mendiamkan diri. Kelu untuk melafazkan kata. Helmie terus menatap wajah Julia yang ayu. Anggun …. Bisik hatinya. Dari wajahnya yang tenang pasti Julia seorang yang tabah dalam mengharungi dugaan hidupnya. Aku juga perlu tabah sepertinya. Tabah menghadapi tiap ujian dari Allah. Mampukah aku untuk menjadi tabah di saat-saat begini. Angin petang itu sungguh nyaman. Helmie mengambil kesempatan untuk melakar wajah Lia. Sesekali Julia membetulkan rambut yang ditiup angin.
    “Helmie….awak masih ada disini ?” matanya terus memandang kehadapan.
    “ Ye…saya masih ada disini”. Tangannya ligat melakarkan wajah Lia.
    “Apa yang sedang awak buat ?” sambil tersenyum.
    “Oh… maafkan Mie. Hmm… Mie sedang melakarkan wajah Lia. Maaf kiranya Mie tak meminta izin dari Lia”. Helmie merasa bersalah.
    “Ohh… Mie pandai melukis yer… malangnya Lia tak dapat nak tengok. Lia pun tak tahu bagaimana rupa Lia”. Sayu suaranya dan menunduk.
    “Awak cantik dan ayu Lia. Percayalah cakap Mie”. Helmie mengagumi kecantikan asli yang dimiliki oleh Julia. Kecantikan semulajadi tanpa barang-barang kosmetik seperti gadis-gadis hari ini.
    Malam itu Helmie menyiapkan potret wajah Julia. Seorang gadis ayu dibawah pokok kelapa tersenyum manis. Helmie menamakan lukisan itu “Puteri Bayu”. Tenang dan damai setiap kali menatap wajahnya, setenang dan sedamai hembusan bayu. Helmie begitu tekun untuk menyiapkan lukisan itu hinggakan tak sedar waktu yang berlalu. Sayup-sayup kedengaran suara ayam berkokok menandakan hari sudah pagi. ‘Julia….kau sungguh ayu’ Helmie bersuara tatkala dia berhenti mewarnakan lukisan. Matanya tetap terpaku pada lukisan itu, seolah masih mencari sesuatu yang masih belum memuaskan hatinya. Sambil bersandar di kerusi tak sedar akhirnya dia terlelap dengan berus masih ditangannya.

    Helmie terus melangkah ke tempat biasa untuk menatap wajah ‘Puteri Bayu’. Helmi tersenyum bila ternampak Julia di tempat biasa.
    “Assalammualaikum….” Helmie tersenyum dan terus duduk di kerusi bersebelahan dengan Julia. Matanya juga memandang laut yang terbentang luas di hadapan. Burung-burung camar berterbangan. Menambahkan lagi seri petang yang damai dan nyaman dengan angin yang ramah menyapa.
    “Waalaikummussalam… Helmie tak melukis hari ini?”. Senyuman tak pernah lupa diberikan. Sesiapa yang melihat senyumannya pasti terpikat.
    “Tidak… Lia sihat hari ini?” Helmie sesekali merenung Julia sambil jarinya mencatat sesuatu dibuku notanya. Tiba-tiba saja ilhamnya menyapa.
    “Sihat…alhamdulillah”. Julia menghulurkan satu bungkusan pada Helmie.
    “Ambillah… Lia buat khas untuk Mie. Hanya ini yang dapat Lia berikan pada Mie sebagai kenangan bila Mie pulang ke Kuala Lumpur nanti.
    Helmie menyambut dan terus membuka bungkusan yang Julia berikan. Sebuah kotak daripada rotan, anyamannya amat kemas.
    “Cantiknya..!. Terima kasih Lia. Mie sungguh terharu”. Helmie terus membelek hadiah dari Julia. Terharu Helmie dengan pemberian Julia. Walaupun mereka masih baru berkenalan tapi sudah mesra seolah telah lama mengenali di antara satu sama lain.
    “Hmm…kalau Helmie suka, Lia rasa sungguh gembira. Tak ada apa yang dapat Lia berikan pada Mie, hanya itu yang mampu Lia berikan”.
    “Ianya amat istimewa buat Mie. Satu kenangan yang takan Mie lupakan. Apa agaknya yang Mie nak kasi pada Lia nanti”. Helmie rasa terkilan kalau dia tak dapat berikan sesuatu pada Lia sebelum dia pulang ke Kuala Lumpur nanti. Apa yang harus aku berikan pada ‘Puteri Bayu’ ini.
    “Lia… sejak bila Lia hilang penglihatan?” Helmie memandang Julia dengan perasaan simpati yang tidak berbelah bagi.
    “Masa Lia dalam darjah lima. Lia kena demam panas, kata doktor kornea mata Lia rosak. Lia orang miskin Mie. Kalau anak orang kaya pasti dah dapat berubat. Nak makan pun tak cukup inikan pula nak buat perbelanjaan pembedahan. Lia redha dengan ketentuan dari Allah”. Julia menunduk. Bagaikan tak percaya kata-kata yang dilontarkan tadi. Adakah aku menyesal dilahirkan miskin…tidak…aku tetap berbangga menjadi seorang anak nelayan. Walaupun miskin harta tapi kaya dengan kasih sayang dari ayahku. Meskipun ibu telah pulang menyahut panggilan Ilahi lima tahun lalu, ayahku tetap menjagaku dengan penuh kasih sayang. Ayah adalah segalanya buat diriku.
    “Kalau ada yang sanggup derma dan tanggung semua perbelanjaan, Lia terima yer”. Lembut nada suara Helmie bagaikan memujuk anak kecil yang sedang menangis. Helmie berharap benar agar dapat membantu Julia.
    “Semua itu bagaikan sebuah mimpi. Lia tak sanggup lagi menganyam impian. Mencipta impian yang tak mungkin terjadi.Semua itu hanya membuat Lia kecewa bila terjaga dari mimpi indah. Tak mungkin terjadi Mie. Tak mungkin”.
    “Lia…Mie akui sesuatu yang diimpikan tidak selalunya menjadi kenyataan, tetapi apa yang tidak diduga mungkin berlaku tiba-tiba. Insya Allah Lia. Mie pasti suatu hari nanti Lia akan dapat melihat kembali”.

    *********************

    warna_hot
    Laftenen
    Laftenen

    Female
    Number of posts : 409
    Age : 31
    Location : petaling jaya selangor
    Popular :
    200 / 100200 / 100

    Registration date : 2008-07-13

    Re: Cerpen Tajuk ~*~SalamTerakhir ~*~

    Post by warna_hot on Fri Feb 20, 2009 1:59 pm

    sambungannya....

    Helmie yakin dengan keputusannya. Dia nekad untuk memastikan agar Lia dapat melihat kembali. Hanya itu yang mampu diberikan buat ‘Puteri Bayu’ yang tanpa disedari telah berjaya menawan kota hatinya. ‘Kota Hati’ yang sekian lama tak siapa mampu untuk menawannya. Helmie mengakui yang dia benar-benar menyintai Julia, namun apakan daya dia tak mampu untuk hidup bersama dengan Julia. Hayat yang tinggal beberapa minggu saja lagi tak dapat untuknya mencurahkan apa yang terpendam di sanubari. Namun dia akan rasa puas kiranya Julia dapat melihat kembali dengan kornea matanya. Hanya itu yang dapat diberikan buat ‘Puteri Bayu’. Hatinya akan benar-benar rasa puas. Puas bila mata nya akan bersama dengan insan yang dicintainya secara diam. Helmie tersenyum sendirian.
    Membayangkan keriangan yang bakal Julia rasakan seolah keriangan dirinya. Tak sia-sia percutiannya di sini. Sekurangnya dia telah bertemu dengan ‘Puteri Bayu yang telah menawan ‘Kota Hati’ dan berikan sebuah kehidupan baru yang lebih bererti buat Puterinya.

    Helmie terus melukis keindahan di pulau yang penuh kenangan. Setiap lukisannya pasti ada gambar ‘Puteri Bayu’ dengan berbagai aksi. Sebelum pulang ke Kuala Lumpur Helmie mahu ada sesuatu yang akan menjadi kenangan bila pemergiannya nanti. Kenangan buat Julia dan keluarganya. Suatu yang istimewa.
    Kini Helmie melakarkan gambar Mama bersama ‘Puteri Bayu’ nya. Keduanya kelihatan begitu anggun. Terserlah dengan keayuan masing-masing. Keduanya mengenakan baju kebaya dan bersanggul rapi. Helmie begitu tekun dengan lukisan yang mungkin terakhir buat dirinya. Sehari suntuk dia melukis hingga terlupa untuk bertemu dengan Julia. Hari pun dah jauh malam, mungkin Julia ingat dia telah pulang ke Kuala Lumpur tanpa mengucapkan selamat tinggal. ‘Esok pasti aku akan menemui mu Julia.’

    Seperti biasa Helmie ke tempat ‘Puteri Bayu’. Terlihat saja wajah Julia pasti membuat hatinya riang. Tenang dan damai bila menatap wajah Julia.
    “Assalammualaikum …” Helmie menyapa lembut.
    “Waalaikummussalam.. Lia ingatkan Mie dah pulang ke Kuala Lumpur”
    “Takan Mie pulang tanpa tinggalkan ucapan terima kasih pada Lia. Sekurangnya nak juga Mie menatap wajah Puetri Bayu sebelum Mie pulang”.
    “Puteri Bayu…? Siapa dia…?” Julia mengerutkan dahi memikirkan siapa agaknya Puteri Bayu yang Helmie maksudkan.
    “Lia lah Puteri Bayu buat Mie” Helmie tertawa kecil. Tersenyum sambil menatap wajah insan yang mencuri hatinya. Menatap sepuasnya sebelum matanya tertutup buat selamanya. Mengingatkan semua itu, hatinya benar-benar sayu. Sedih. Namun tetap redha dengan kehendakNya.
    “Apa…. Lia…kenapa Lia ..Mie panggil Puteri Bayu?” Julia tersenyum malu sambil menggelengkan kepala tanda tidak setuju dengan gelaran yang di beri oleh Helmie buat dirinya. Gadis yang cacat penglihatan. Julia mengeluh perlahan.
    “Setiap kali Mie datang kesini, bayu akan bertiup dengan damai…nyaman dan tenang. Sedamai dan setenang wajah Lia. Sebab itulah Mie anugerahkan gelaran ‘Puteri Bayu’ buat Lia. Amat sesuai sekali, betulkan Lia”.
    “Lia tak layak dengan gelaran itu Mie. Gadis yang cacat penglihatan seperti Lia tidak layak dengan gelaran seindah itu. Malu Lia macam tu Mie”. Lesung pipitnya terserlah setiap kali dia tersenyum. Mungkin itulah salah satu sebab kota hatinya berjaya ditawan oleh Julia. Senyuman dan lesung pipit di pipinya.
    “Lia… esok Mie akan kembali ke Kuala Lumpur. Kenanglah Mie dalam doa Lia, sesungguhnya Lia adalah teman yang paling istimewa buat Mie. Insya Allah Mie akan tunaikan janji Mie untuk memastikan Lia dapat melihat kembali”.
    “Bila Mie akan datang kembali untuk menjenguk Lia disini….jangan lupa Lia disini ye Mie. Lia harap suatu hari nanti Lia dapat menatap wajah Mie”. Mengharapkah ? atau harapan untuk melihat kembali dia sendiri tak pasti.
    “Mie mungkin takan kembali lagi kesini” suaranya memecah kesunyian petang itu. Dia tak tahu apa yang harus diluahkan bagi menyambut pertanyaan itu. Dia bagaikan tidak percaya, insan yang telah menawan ‘kota hatinya’ bagaikan mengharap dirinya kembali dengan harapan dapat menatap wajahnya. Sesuatu yang pasti tak dapat ditunaikan.
    “Kenapa..?” Julia menyoal. Kesedihan mula menampakkan kesan diwajah ayunya. Matanya yang selalu bercahaya, kini begitu redup menunduk. Seolah-olah dengan berbuat begitu sekurangnya Helmie dapat memahami harapannya. Tetapi Helmie sendiri tidak dapat bersuara. Kata-kata yang sejak tadi terhimpun di mulutnya kini bagaikan dikunci oleh kedua bibirnya dan enggan keluar untuk menuturkan sesuatu. Dia hanya mampu merenung wajah insan yang tersayang. Betapa berubahnya wajah ‘Puteri Bayu’ nya kini. Tiada lagi sinar keriangan dan ketenangan, hanya kesedihan yang terpancar.
    “Mie tak mampu……suatu hari nanti pasti Lia faham” hanya itu yang mampu disuarakan. Hatinya juga sebak. Melihatkan airmata Julia yang menitis bagaikan terhiris hatinya dengan sembilu. Bagaimana hendak dijelaskan. Dia sendiri tidak mampu menahan sebak didadanya. Pilu …
    “Mie….pergi dulu… kenang Mie dalam doa Lia” Helmie terus berlalu. Pergi dengan seribu kepedihan dan sejuta harapan buat ‘Puteri Bayu’

    Telah dua minggu Helmie kembali ke Kuala Lumpur. Julia merasa sungguh sunyi sejak ketiadaan Helmie. Ada ketikanya dia bagaikan terasa kehadiran Helmie menemaninya seperti hari-hari yang lalu.
    “Wahai bayu…. Sampaikan salam rindu ku buat Helmie” tak terduga perkataan itu keluar juga setelah lama dia cuba menerima hakikat Helmie tak akan datang menemuinya lagi. Perasaan rindunya sukar untuk dinafikan. Biarlah rindu ini bermukin bersama satu nostalgia yang tak mungkin pupus. Biarlah rindu ini terus bertandang dan bergema di dalam hatinya. Biarlah rindu ini menjadi peneman pada satu ikatan kasih yang tidak pernah putus. Dan perasaan rindunya hadir bersama titisan airmata yang mengalir tanda diundang.

    **************************

    Julia bagaikan tak percaya bila Doktor Rizal datang menemuinya untuk menetapkan tarikh pembedahan mata untuknya. Nampaknya Helmie benar-benar menunaikan janjinya padaku. Helmie…di manakah dikau..? Mengenangkan Helmie membuat dadanya sebak. Setitik demi setitik airmata gugur di pipi bagai mutiara terburai daripada karangan. Langkahnya semakin longlai.

    Pembedahan mata Julia telah berjaya, hari ini pembalut matanya akan dibuka. Hanya ayah yang setia menemani. Sudah seminggu lebih dia di hospital namun tak pernah Helmie datang melawatnya. Hatinya merasa hiba.
    Akhirnya Julia dapat melihat kembali. Wajah ayahnya adalah wajah pertama yang Julia pandang. Dia memegang wajah ayah yang berkedut, lambang kesengsaraan hidup mereka. Julia mendakap erat tubuh ayahnya. Masing-masing berpelukan dan menangis. Tangisan keriangan pada suatu yang tak termimpikan. Tiada kata yang mampu untuk dibicarakan. Semuanya menjadi kelu dan terkunci. Hanya pandangan mata yang mentafsirkan perasaan mereka. Saat keriangan begini Julia tak dapat melupakan insan yang telah menunaikan janji, memberinya kehidupan baru. Ingin rasanya dia mengucup tangan insan yang mulia itu.
    “Ayah….Helmie pernah kemari semasa Lia di hospital ?” perasaan ingin tahu yang tak dapat dibendung lagi. Menatap wajah ayah yang muram bagaikan ada suatu rahsia yang tersembunyi.
    “Syukur….Lia dah dapat melihat kembali.” Apakah jawapan yang dapat kuberikan jika hanya soalan ini yang sering kedengaran. Wajah redupnya melambangkan perasan tidak puas hati dengan soalan yang tiada jawapan pasti.
    “Assalammualaikum Julia…..makcik Mama Helmie. Julia dah dapat melihat ya… syukurlah harapan Helmie terlaksana”. Hibanya rasa bila menatap mata Julia. Seolah-olah mata Helmie yang merenung dirinya. Ingin rasanya dia mentafsir tiap redup lirikan mata itu. Perasaan keibuannya seakan tercabar.
    “Waalaikummussalam….” Julia menghulurkan tangan bersalaman dengan Datin Salmie sambil mencium tangannya. Julia tercari-cari wajah Helmie tapi hampa….kemanakah insan yang memberi kehidupan buatnya?
    “Helmie mana Mak Cik?” suram wajahnya melambangkan kehampaan hatinya bila yang ditunggu tak tiba.
    “Ini Mak Cik bawakan pesanan dari Helmie”. Ada keluhan di hujung bicaranya. Tak termampu lagi untuk menahan sebak yang melanda. Sebuah potret yang berbungkus kemas dan sepucuk surat bersampul biru bertukar tangan.
    “Helmie pesan…. Surat ini dibaca selepas seminggu Julia telah pulih penglihatan. Dan yang ini Julia boleh lihat sekarang”. Dia tak tahu apa lagi yang harus diucapkan. Berterusan di sini dan menatap wajah Julia yang penuh tanda tanya bagaikan makin menyiksa jiwanya yang baru kehilangan permata yang amat berharga. Dia sendiri tak mampu untuk menerima kenyataan yang anak kesayangannya telah pergi meninggalkan dirinya.
    “Mama…. Ampunkan Mie…terima kasih kerana melahirkan Mie, membesarkan Mie dan membelai Mie dengan penuh kasih sayang. Mie rasa sungguh bertuah kerana dilahirkan sebagai anak Mama.” Helmie memegang erat tangan Mamanya. Mencium dan menitiskan airmata sebelum dia pergi untuk tidak kembali lagi. Pergi kerana mengotakan janji denganNya.
    “Papa… ampunkan Mie… terima kasih dengan kasih sayang Papa”. Helmie mengenggam erat kedua tangan Mama dan Papanya. Bagaikan tak mahu dilepaskan. Dan takdir tidak merelakan semua itu berterusan, genggaman tangannya semakin lama semakin longgar. Helmie menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan tenang. Wajahnya bagaikan tersenyum, redha dengan takdirnya. Tenang dan damailah ia di sana.
    “Mak Cik minta diri dulu Julia, jaga dirimu baik-baik. Ingat pesan Helmie surat itu dibaca selepas seminggu”. Datin Salmie berlalu meninggalkan Julia yang termanggu-manggu mencari jawapan yang semakin kusut.
    Julia membuka bungkusan yang Helmie berikan padanya. Sebuah potret seorang gadis di tepi pantai dibawah pokok kelapa. Gadis itu memakai kebaya biru bersanggul dan sehelai selendang tersangkut di bahu ditiup angin. Di bawah sekali tercatat ‘Puteri Bayu’ --- Helmie. Inikah wajahku…. Helmie sungguh indah hasil lukisanmu. Helmie …. Apakah rahsia yang tersembunyi ketika ini…?

    Hari ini telah genap seminggu surat Helmie dalam simpanannya. Julia kini berada di tempat di mana perkenalannya dengan Helmie bermula. Indahnya. Damai dan tenang bayu yang bertiup namun tak setenang dan sedamai gelojak perasan yang melanda. Berdiri sendirian di tepian pantai tanpa dia di sisi untuk merenung mentari tenggelam adalah satu kekosongan yang tidak tertanggung. Perlahan-lahan Julia membuka sampul surat biru. Surat yang menyimpan seribu rahsia yang menyeksa dirinya. “Ya Allah..berilah aku kekuatan” matanya menatap tiap baris yang tertera di kertas putih bertintakan pena biru.

    Assalammualaikum Puteri Bayuku….

    Di saat Lia membaca warkah ini Mie telah tiada lagi di dunia ini. Pemergian yang tak mungkin kembali lagi. Perkenalan kita yang hanya sekejap namun begitu bererti buat Mie. Sebuah pertemuan yang amat indah. Pertemuan yang tak terduga namun begitu bermakna buat Mie.
    Lia…. Sewaktu Mie bercuti di Pulau Lagenda ketika itu, sebenarnya Mie cuma menghabiskan sisa-sia hidup Mie. Hidup yang hanya tinggal sebulan. Mie mengidap barah otak dan tak mampu diubati lagi.
    Lia…. Sesungguhnya Mie rasa benar-benar gembira kerana pemergian Mie memberi peluang untuk Lia melihat kembali keindahan ciptaan Allah. Renunglah di sekelilingmu Lia…. Betapa besarnya nikmat yang Allah berikan buat hambaNya. Apa yang Lia pandang itulah yang Mie pandang. Jangan sedih dengan pemergian Mie. Sesungguhnya Mie ikhlas dengan apa yang Mie berikan.
    Wahai Puteri Bayuku……kenanglah daku dalam doamu….

    Salam Terakhir,
    Helmie.

    Hanya deraian air mata yang membasahi pipinya dan doa tulus ikhlas buat insan yang amat dicintainya… cinta yang tak sempat diucapkan…..Helmie, salam terakhir mu akan tersemat kukuh dihatiku. Sewaktu Julia melangkah pulang, sayup-sayup kedengaran lagu ‘Salam Terakhir’ nyanyian Sudirman. Pilu…..

    Nukilan: Juita Taiping Smile
    Julai 2000

      Current date/time is Sun Dec 11, 2016 2:30 am