SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.
SABAH

Komuniti Sabah - Negeri Dibawah Bayu

SELAMAT DATANG KE SABAHAN.BIGFORUMPRO.COM BERFORUM UNTUK MENGUPAS PERSOALAN DAN SEGALA MASALAH YANG ANDA HADAPI BERSAMA-SAMA DENGAN RAKAN ONLINE SABAHAN. TEMUI PENYELESAIAN PERSOALAN ANDA MELALUI INTERNET.

    Nasihat Luqman Al-Hakim

    Share

    lutau
    Kapten
    Kapten

    Female
    Number of posts : 1619
    Age : 37
    Popular :
    100 / 100100 / 100

    Registration date : 2008-07-12

    Nasihat Luqman Al-Hakim

    Post by lutau on Sun Feb 22, 2009 4:51 am

    NASIHAT LUQMAN AL HAKIM

    Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang
    dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin
    selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang
    bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada
    ALLAH.



    01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan
    yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin
    selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang
    bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada
    ALLAH.



    02 - orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima
    nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang
    insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa
    menerima kemulian dari ALLAH juga.


    03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam
    beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia
    akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat
    kepada ALLAH.


    04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan
    yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi
    tanam tanaman.


    05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu
    boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.



    06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang
    menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan
    sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat
    berputus asa dari rahmat ALLAH.


    07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana
    tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan
    sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah,
    memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada
    memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.


    08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu
    besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua
    itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.


    09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai
    utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja
    yang layak menjadi utusan.


    10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan
    memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah
    memberikan akibat yang berbahaya.


    11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati
    atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati,
    sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan
    menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada
    kesenangan duniawi sahaja.


    12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana
    sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila
    makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.


    13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana
    manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya
    sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan
    pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.


    14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan
    musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta
    nasihat dari mereka.

    buat renungan kita bersama...
    Sad


    _________________

    saf zkuga
    Sabahan Sporty
    Sabahan Sporty

    Male
    Number of posts : 5100
    Age : 30
    Location : kota kinabalu
    Popular :
    0 / 1000 / 100

    Registration date : 2009-01-30

    Re: Nasihat Luqman Al-Hakim

    Post by saf zkuga on Sun Feb 22, 2009 4:54 am

    sangat berguna...... Smile

    eddy
    Laftenen
    Laftenen

    Male
    Number of posts : 455
    Age : 36
    Location : amsterdam konon...
    Popular :
    1 / 1001 / 100

    Registration date : 2009-02-16

    Re: Nasihat Luqman Al-Hakim

    Post by eddy on Fri Feb 27, 2009 11:57 am

    Nasihat yg sangat berguna drp Luqman al-hakim boleh menjadi panduan kita daalm mendidik anak2 dan menasihatinya kelak...sama2lah kita contohinya. Smile Smile

    yeokok_rosse@nanacey
    Sabahan Welcomer
    Sabahan Welcomer

    Female
    Number of posts : 10742
    Age : 68
    Location : keY keY lanD belOw da wiNd
    Popular :
    88 / 10088 / 100

    Registration date : 2008-11-11

    Re: Nasihat Luqman Al-Hakim

    Post by yeokok_rosse@nanacey on Fri Feb 27, 2009 12:22 pm

    04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

    Sad..aku memang berdosa kepada orang tuaku...kerana selalu 'melanggar' kata2 mereka...


    _________________
    http://yeokoklife.blogspot.com/


    Contact yeokok


    ~~the FutUre bElonGs tO tHosE wHo bElieVe In thE BeautY Of thEir DreamS~~


    Send IM

    eddy
    Laftenen
    Laftenen

    Male
    Number of posts : 455
    Age : 36
    Location : amsterdam konon...
    Popular :
    1 / 1001 / 100

    Registration date : 2009-02-16

    Re: Nasihat Luqman Al-Hakim

    Post by eddy on Wed Mar 04, 2009 8:40 am

    Bagus la kalu dah sedar...cepatlah minta maaf dan bertaubat.takut nanti jadi si tanggang yang durhaka... Crying or Very sad

    Sponsored content

    Re: Nasihat Luqman Al-Hakim

    Post by Sponsored content Today at 12:34 am


      Current date/time is Sun Dec 11, 2016 12:34 am