SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.
SABAH

Komuniti Sabah - Negeri Dibawah Bayu

SELAMAT DATANG KE SABAHAN.BIGFORUMPRO.COM BERFORUM UNTUK MENGUPAS PERSOALAN DAN SEGALA MASALAH YANG ANDA HADAPI BERSAMA-SAMA DENGAN RAKAN ONLINE SABAHAN. TEMUI PENYELESAIAN PERSOALAN ANDA MELALUI INTERNET.

    Pisang & Hati

    Share

    lutau
    Kapten
    Kapten

    Female
    Number of posts : 1619
    Age : 37
    Popular :
    100 / 100100 / 100

    Registration date : 2008-07-12

    Pisang & Hati

    Post by lutau on Sun Feb 22, 2009 6:14 am

    Ikuti kisah ini sebagai panduan dan renungan kita bersama. Mudah-mudahan memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita.

    Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

    Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

    "Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

    Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

    Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

    "Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama
    seminggu?" tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

    "Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

    Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup.


    Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci.

    Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

    peaceee...
    idea!


    _________________

    yeokok_rosse@nanacey
    Sabahan Welcomer
    Sabahan Welcomer

    Female
    Number of posts : 10742
    Age : 68
    Location : keY keY lanD belOw da wiNd
    Popular :
    88 / 10088 / 100

    Registration date : 2008-11-11

    Re: Pisang & Hati

    Post by yeokok_rosse@nanacey on Sun Feb 22, 2009 8:30 am

    :best: yaaa..........walau sepa pun kita...walau ke mana pun kita pergi ..walau apa pun kita buat....kita tahu, kita sentiasa menjadi perhatian insan2 di sekeliling.. menjadi sumber ilham/ sumber panduan bagi mereka yg menyayangi kita...

    kebencian membuat kita terlalu 'MEGAH' pada sesuatu benda... membuat kita hilang kawalan kepada perasaan.. membuat kita terpinggir.. sesungguhnya....

    Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci.

    kita terluka, kita terasa, kita tersindir, kita merana...percayalah.. pasti ada insan yang paling menyayangi n mencintai diri kita... lupakan 'kebencian'..ingat lah.. kita semua hidup di dunia atas 'PERMINTAAN DARI'NYA''.... cuma meminjam bumi hanya sementara.... ada ms, kalau kita 'DI JEMPUT'...

    fikirkan la.. 'KEBENCIAN YANG KITA PENDAM SELAMA INI, APAKAH KEGUNAANNYA DI 'ALAM SANA'????'

    apa2 pun, sa juga tidak lari dari semua ini... tetapi sa tidak pernah sekali 'MEMBENCI' insan yg pernah melukai hati n perasaan saya.. kerana sa tahu, sa juga insan sama yg 'DI BENCI'....sepa tahu kn...idea!...


    _________________
    http://yeokoklife.blogspot.com/


    Contact yeokok


    ~~the FutUre bElonGs tO tHosE wHo bElieVe In thE BeautY Of thEir DreamS~~


    Send IM

    (o.egem.o)
    Forum Addicted
    Forum Addicted

    Male
    Number of posts : 4063
    Age : 31
    Location : d mana2 aku sll stay d c2 la..
    Popular :
    50 / 10050 / 100

    Registration date : 2009-01-28

    Re: Pisang & Hati

    Post by (o.egem.o) on Sun Feb 22, 2009 8:52 am

    Cool haha btl 2..bagai aur dan tebing ba..

    lutau
    Kapten
    Kapten

    Female
    Number of posts : 1619
    Age : 37
    Popular :
    100 / 100100 / 100

    Registration date : 2008-07-12

    Re: Pisang & Hati

    Post by lutau on Sun Feb 22, 2009 9:57 am

    ermmm..btl tu rosse....menyimpan kebencian takkan memberi kebahagian mahupun ketenangan dlm kehidupan..malah, hanya akan memudaratkan diri sndiri dan secara halusnya merosakkan "hati" dan keimanan kita...

    namun, kdg sebagai insan biasa kita tak sedar yg ada kalanya kata2 yg kita ucapkan atau perbuatan yg kita tunjukkan bleh menyinggung perasaan urg lain di sekitar kita. kita tak sedar dan tak sengaja kerna kita tak pernah terlintas atau terniat pun, kan?

    Justeru, pabila kita tlh t'sedar yg apa pun perbuatan/kata2 kita itu tlh menyinggung mana2 pihak, segeralah memohon maaf...tak kirala sepa pun kita..sesungguhnya kita tak maksudkannya....dan aku sndiri sntiasa mengingatkan diri aku....klu ada keterlanjuranku, hrp maafkanlah aku.. Sad


    _________________

    (o.egem.o)
    Forum Addicted
    Forum Addicted

    Male
    Number of posts : 4063
    Age : 31
    Location : d mana2 aku sll stay d c2 la..
    Popular :
    50 / 10050 / 100

    Registration date : 2009-01-28

    Re: Pisang & Hati

    Post by (o.egem.o) on Sun Feb 22, 2009 9:59 am

    biasanya hal2 mcm 2 terjadi bila kita rapat ngan seseorg..
    akibat terlalu akrab maka benda serius pn blh jd gurauan..
    dlm diam c dia terasa tp kita wat dek jak..
    2la masalahnya..

    eddy
    Laftenen
    Laftenen

    Male
    Number of posts : 455
    Age : 36
    Location : amsterdam konon...
    Popular :
    1 / 1001 / 100

    Registration date : 2009-02-16

    Re: Pisang & Hati

    Post by eddy on Tue Feb 24, 2009 12:58 pm

    Macam pernah dengar je cerita cg maryam tu...maklumlah cgu..Memang bagus la cg maryam mengendalikan anak2 muridnyaPendekatan yg digunakan menampakkan kebijaksanaan.
    Perasaan kebencian kepada kemungkaran atau perkara2 maksiat adalaah diharuskan dan dituntut dlm agama."amar ma'ruf nahi mungkar'.iaitu mengajak orang kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran....

    Sponsored content

    Re: Pisang & Hati

    Post by Sponsored content Today at 2:26 am


      Current date/time is Sun Dec 11, 2016 2:26 am