SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.
SABAH

Komuniti Sabah - Negeri Dibawah Bayu

SELAMAT DATANG KE SABAHAN.BIGFORUMPRO.COM BERFORUM UNTUK MENGUPAS PERSOALAN DAN SEGALA MASALAH YANG ANDA HADAPI BERSAMA-SAMA DENGAN RAKAN ONLINE SABAHAN. TEMUI PENYELESAIAN PERSOALAN ANDA MELALUI INTERNET.

    Motivasi : Kita susahkan org, org susahkan kita balik.

    Share

    lutau
    Kapten
    Kapten

    Female
    Number of posts : 1619
    Age : 37
    Popular :
    100 / 100100 / 100

    Registration date : 2008-07-12

    Motivasi : Kita susahkan org, org susahkan kita balik.

    Post by lutau on Sat Feb 28, 2009 2:04 pm


    Lagi satu artikel motivasi yg baik utk dikongsikan bersama. Semoga kita di sini dpt renungkan intipati artikel ini di samping memikirkan kebaikannya demi kesejahteraan hidup kita pada hari2 yg mendatang & penuh dugaan.

    "Kita Susahkan Orang, Orang Susahkan Kita Balik"

    Apa yang Anda buat akan dibalas dengan tindakan setimpal. Kita senangkan orang, orang senangkan kita balik. Kita susahkan orang, orang susahkan kita balik. Bahkan, susah kita akan jadi dua kali ganda lebih susah dari susah yang sebelumnya.

    Anda, saya dan kita semua hidup dalam komuniti bermasyarakat.

    Kita takkan dapat mencapai sesuatu kejayaan tanpa memerlukan pertolongan mereka. Walaupun kita boleh berkata kita berjaya hasil usaha sendiri, hakikatnya masih ada orang lain terlibat dalam usaha kita. Mereka mungkin merupakan ibu, bapa, abang, adik atau mana-mana ahli keluarga.

    Untuk hidup kita jadi ceria, gembira lalu penuh dengan pelbagai macam kegembiraan, senangkan hati orang lain terlebih dahulu. Senangkan hati mereka, gembirakan mereka tanpa mengharap ganjaran.

    Selagi Anda kekalkan sikap begitu, selagi itulah hidup Anda lancar saja, kurang dari segala macam permasalahan. Anggap perbuatan itu sebagai ‘tanam saham’. Satu masa nanti, Anda akan dapat pulangannya.

    Doa orang yang kita selalu senangkan hatinya amat mujarab. Getaran tenaga positif yang datang dari mindanya akan membuat hidup Anda penuh dengan keceriaan yang seterusnya menyumbang pada kecemerlangan berpanjangan.

    Sebaliknya, jika Anda susahkan orang, doa orang yang Anda susahkan tu dua kali ganda amat mujarab, kerana dia teraniaya oleh perbuatan Anda. Allah swt cepat memakbulkan doa orang yang teraniaya. Getaran emosi negatif dari mindanya akan mempengaruhi hidup Anda lalu menjadikan hidup Anda haru biru, tak keruan jadinya.

    Mulai hari ini, untuk Anda kekal cemerlang, kekal bersemangat jangan pernah lupakan orang disekeliling Anda. Gembirakan hati mereka, senangkan hati mereka seadanya, jangan sampai mereka pula sakit hati dengan Anda kerana kesannya amat bahaya! Ia menurunkan tahap motivasi Anda dengan cepat.


    sambil baca jgn lupa minumlah pawarutt cheers peacee..



    _________________

    eddy
    Laftenen
    Laftenen

    Male
    Number of posts : 455
    Age : 36
    Location : amsterdam konon...
    Popular :
    1 / 1001 / 100

    Registration date : 2009-02-16

    Re: Motivasi : Kita susahkan org, org susahkan kita balik.

    Post by eddy on Thu Mar 05, 2009 10:52 am

    Mai secawan...[pawarutt]"Buat baik berpada-pada buta jahat jgn sekali begitulah pesen urg tua"Kehidupan ini memang adil buat baik dibalas baik buat jahat dibalas jahat.Begitulah putaran alam cuma lambat dgn cepat sj.Bersabarlah kpd yg teraniaya tuhan itu maha adil.Keadilan itu kalau kita tk dpt didunia msh ada lagi pembalasan di akhirat....

    Kesimpulannya jgn sesekali menganiaya urg... Very Happy

      Current date/time is Sun Dec 11, 2016 12:03 pm