SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.
SABAH

Komuniti Sabah - Negeri Dibawah Bayu

SELAMAT DATANG KE SABAHAN.BIGFORUMPRO.COM BERFORUM UNTUK MENGUPAS PERSOALAN DAN SEGALA MASALAH YANG ANDA HADAPI BERSAMA-SAMA DENGAN RAKAN ONLINE SABAHAN. TEMUI PENYELESAIAN PERSOALAN ANDA MELALUI INTERNET.

    Hasad Dengki

    Share

    lutau
    Kapten
    Kapten

    Female
    Number of posts : 1619
    Age : 37
    Popular :
    100 / 100100 / 100

    Registration date : 2008-07-12

    Hasad Dengki

    Post by lutau on Mon Mar 02, 2009 10:51 pm

    Ermm...satu artikel keagamaan yg ingin aku kongsikan di sni buat renungan kita b'sama. Ni ttg "hasad dengki" ni..ermm..cam seram lak aku baca ni.. pale tp, apa2pun jan lupa minum pawaruutt yeah cheers

    HASAD DENGKI

    Hasad dengki sebenarnya ialah penyakit hati dan maksiat batin yang terdapat pada manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan. Perkataan hasad berasal daripada bahasa Arab iaitu al-hasad. Orang yang mempunyai sifat hasad ini mengharapkan sesuatu nikmat yang ada pada seseorang berpindah kepada dirinya.

    Dalam bahasa Melayu, perkataan 'dengki' digandingkan dengan perkataan hasad bermaksud: "Kebencian (kemarahan) kerana perasaan cemburu atau iri hati yang amat sangat." Jadi, hasad dengki merupakan perasaan tidak senang hati dalam diri seseorang apabila melihat orang lain mendapat sesuatu kebaikan."

    Dalam Kitab Ihya' 'Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali ada disimpulkan punca dan sebab timbulnya perasaan hasad dengki. Antaranya ialah:

    1. Perasaan Permusuhan dan Kebencian
    Perasaan inilah yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Mereka yang disakiti oleh seseorang, pasti berasa marah lalu menimbulkan kebencian. Di sini akan tertanamlah bibit dengki dalam dirinya.

    2. Berasa Diri Mulia.
    Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu berasa keberatan kalau ada orang yang mengatasi kebolehannya. Dia tidak rela kalau ada orang lain yang melebihinya.

    3. Takbur.
    Orang yang mempunyai sifat takbur mempunyai watak suka membesarkan diri terhadap orang lain. Dia selalu memperkecilkan dan suka memperhambakan seseorang. Begitulah halnya dengan sikap Iblis yang takbur, lalu dia dilaknat oleh Allah S.W.T.

    4. Ujub.
    Allah S.W.T. telah menjelaskan kepada kita perihal umat di zaman silam. Mereka berasa takjub dengan diri mereka sendiri. Keadaan ini menghalang mereka daripada mendapatkan kebenaran.

    5. Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan.
    Biasanya perasaan ini wujud di kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Setiap orang akan berasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat sesuatu kelebihan.

    6. Ghairah Untuk Menjadi Ketua dan Mencari Populariti.
    Seseorang yang terlalu ghairah untuk mencari populariti atau terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan tertentu akhirnya terdedah kepada sifat hasad dengki. Apabila orang lain berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan olehnya itu akan timbul hasad dengki.

    7. Busuk Hati.
    Sekiranya busuk hati ini wujud pada seseorang, akan menyebabkan orang itu tidak suka sesuatu kebaikan diperoleh oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan di hadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, hatinya menjadi sempit dan resah mendengarkannya. Tetapi apabila diketahui pihak lawannya gagal dan menerima nasib malang, dia akan berasa gembira dan suka hati.

    Walau bagaimanapun dalam Islam terdapat dua perkara yang dibenarkan hasad. Jenis hasad ini dipanggil sebagai 'ghibtah' iaitu iri hati dengan kejayaan dan kemampuan seseorang lalu dia cuba bersaing secara sihat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Tidak boleh dengki dan iri hati kecuali dalam dua perkara; iaitu iri hati terhadap orang yang dikurniai harta lalu menginfakkannya (di jalan Allah) pada malam dan siang hari, (juga iri hati) kepada orang yang diberi kepandaian membaca al-Quran lalu membacanya setiap malam dan siang" (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    Wallahualam.. :malas:


    _________________

    eddy
    Laftenen
    Laftenen

    Male
    Number of posts : 455
    Age : 36
    Location : amsterdam konon...
    Popular :
    1 / 1001 / 100

    Registration date : 2009-02-16

    Re: Hasad Dengki

    Post by eddy on Thu Mar 05, 2009 10:22 am

    Dear lu tau.... dr mana dtgnya penyakit hati itu?? Very Happy

    lutau
    Kapten
    Kapten

    Female
    Number of posts : 1619
    Age : 37
    Popular :
    100 / 100100 / 100

    Registration date : 2008-07-12

    Re: Hasad Dengki

    Post by lutau on Thu Mar 05, 2009 11:08 am

    ermmm...penyakit hati di sni maksudnya penyakit hati batiniah...means, penyakit hati yg dtg dr dlm hati diri manusia itu sndiri. Eddy ada mo tambah?


    _________________

    eddy
    Laftenen
    Laftenen

    Male
    Number of posts : 455
    Age : 36
    Location : amsterdam konon...
    Popular :
    1 / 1001 / 100

    Registration date : 2009-02-16

    Re: Hasad Dengki

    Post by eddy on Thu Mar 05, 2009 11:18 am

    Jd ...penyakit2 hati datangnya dari hati yg kotor kalau mcm tu..perlukan penyucian hati so kena bykkan 'istighfar'

    Oppss tambah satu lg pawarutt....
    Very Happy

    lutau
    Kapten
    Kapten

    Female
    Number of posts : 1619
    Age : 37
    Popular :
    100 / 100100 / 100

    Registration date : 2008-07-12

    Re: Hasad Dengki

    Post by lutau on Thu Mar 05, 2009 11:50 am

    iya..itu slh satunya dgn pengisian dan amalan baik yg kita lakukan agar iman menjadi kental dlm menghadapi apa jua bentuk yg bleh mengotorkan hati, dsb..tp, sebagai manusia tak dinafikan juga ada segelintir yg tak thn hati apabila cubaan melanda hingga menggoyahkan iman & kita menjadi mudah lemah semangat...bila dah lemah semangat, maka akan mudah terdorong untuk melakukan sesuatu yg diluar perbatasan akal nan waras. Suka mengikut kehendak nafsu tanpa memikirkan terlebih dahulu akibat2 yg mgkin bakal diterima. Dan apabila ini berlaku, maka hati akan menjadi kotor atau dlm erti kata lain hati sudah dihinggapi "penyakit jiwa" yg mna bleh merubah karakter atau sikap seseorg itu.

    Justeru, utk mengelakkan drpd hati terus menerus berpenyakit maka, kena ada keazaman dlm diri utk berubah dan meninggalkan perkara2 yg kurang baik itu. Ini suma bleh dilakukan dgn adanya keazaman yg kuat dlm diri seseorg b'sma dgn keimanan, ketaqwaan, kepercayaan dlm agama & kesedaran bhw betapa pentingnya kehidupan yg tenang dan aman. Tulah makanya apapun yg kita lakukan, kita kenalah berfikir dahulu buruk baiknya atau akibat pd masa hadapan. Kerana apapun akibatnya bkn saja melibatkan diri sndiri, malah mgkin juga kpd ahli keluarga, insan tersayang dan juga teman2 seperjuangan.

    pawaruuttt....perghhh cheers


    _________________

    eddy
    Laftenen
    Laftenen

    Male
    Number of posts : 455
    Age : 36
    Location : amsterdam konon...
    Popular :
    1 / 1001 / 100

    Registration date : 2009-02-16

    Re: Hasad Dengki

    Post by eddy on Thu Mar 05, 2009 12:02 pm

    Terima kaseh ustajah atas nasihat dan perkongsian yg cukup bermakna sia sangat2 terharu sekali....

    Satu lg plz pawarutt kacip fatimah...
    Very Happy

    lutau
    Kapten
    Kapten

    Female
    Number of posts : 1619
    Age : 37
    Popular :
    100 / 100100 / 100

    Registration date : 2008-07-12

    Re: Hasad Dengki

    Post by lutau on Thu Mar 05, 2009 3:50 pm

    aku bkn ustajah..so, jgn panggil aku dgn cara begitu. Smile


    _________________

    eddy
    Laftenen
    Laftenen

    Male
    Number of posts : 455
    Age : 36
    Location : amsterdam konon...
    Popular :
    1 / 1001 / 100

    Registration date : 2009-02-16

    Re: Hasad Dengki

    Post by eddy on Fri Mar 06, 2009 12:14 pm

    Oppss...sorry miss lu tau Smile

    Sponsored content

    Re: Hasad Dengki

    Post by Sponsored content Today at 12:07 pm


      Current date/time is Sun Dec 11, 2016 12:07 pm