SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.
SABAH

Komuniti Sabah - Negeri Dibawah Bayu

SELAMAT DATANG KE SABAHAN.BIGFORUMPRO.COM BERFORUM UNTUK MENGUPAS PERSOALAN DAN SEGALA MASALAH YANG ANDA HADAPI BERSAMA-SAMA DENGAN RAKAN ONLINE SABAHAN. TEMUI PENYELESAIAN PERSOALAN ANDA MELALUI INTERNET.

    Tips penjagaan wajah - bg wanita

    Share

    lutau
    Kapten
    Kapten

    Female
    Number of posts : 1619
    Age : 37
    Popular :
    100 / 100100 / 100

    Registration date : 2008-07-12

    Tips penjagaan wajah - bg wanita

    Post by lutau on Sun Mar 08, 2009 7:55 pm

    Salam sekali lagi dan lagi...hehe Smile Oke, td tg tips berpakaian yg sesuai ka. So, skrg ni pulak aku suka sgt nak share-kan info ni ttg tips penjagaan wajah dan sememangnya khusus buat wanita la.... teaser hehe....ni suma ni sbb Hari Wanita Sedunia punya psl la bah...muehhehehe...so, everything i post its all about womans! Anyway, smoga info ataupun tips ini berguna jugak buat wanita2 d luar sna.. Very Happy cay00~!

    Kulit wajah yang cantik, licin dan berseri memang menjadi idaman setiap wanita. Tekstur kulit yang sempurna boleh memberi hasil solekan yang sempurna. Untuk mendapatkan kulit idaman, pastikan anda mengamalkan teknik penjagaan wajah yang asas, iaitu membersih, menyegar dan melembap. Tip berikut juga boleh membantu.

    1) Pelembab Untuk Kulit Sihat Dan Segar

    a. Kulit Normal

    Kulit jenis ini sebenarnya memiliki kandungan minyak yang semulajadi. Tetapi, adakalanya kulit menjadi kering kerana pelbagai faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran. Anda disarankan supaya memilih pelembab jenis ringan dalam bentuk losyen. Jika menggunakan pelembab jenis AHA, jangan gunakannya terlalu kerap, cukup sekali atau dua kali seminggu.

    b. Kulit Kering

    Kulit jenis ini sangat perlu menggunakan pelembab untuk menjaga keanjalannya. Gunakan pelembab yang mempunyai tekstur yang lebih berat seperti krim. Selain itu, jangan lupa sapukan juga krim malam sebelum masuk tidur pada setiap hari. Krim malam ini berfungsi untuk menanggalkan sel-sel kulit mati supaya wajah kelihatan lebih muda remaja.

    c. Kulit Berminyak

    Sebenarnya mereka yang mempunyai kulit berminyak tidak terlalu perlu menggunakan pelembab. Ini kerana kalenjar sebum sudah aktif mengeluarkan minyak. Bagaimanapun, anda boleh menggunakan pelembab yang mengandungi bahan menyerap minyak. Pilihlah yang bertekstur ringan iaitu dalam bentuk losyen atau gel dan yang penting sekali ia berasaskan air. Pelembab jenis AHA amat disarankan kerana ia membantu membuka pori-pori yang tersumbat.

    2) Tips Untuk Solekan Natural dan Segar

    a. Persediaan Kulit Wajah

    Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah membersihkan wajah dengan pembersih yang lembut. Ini diikuti dengan penyegar yang tidak mengandungi alkohol. Alkohol akan membuat kulit kering, bahkan apabila ia tidak sesuai dengan kulit wajah, ia akan menyebabkan kulit mengelupas. Selain itu, jangan lupa sapukan pelembap untuk mencegah kulit kering.

    b. Cerahkan Wajah

    Ingat! yang anda cari adalah kulit yang bersinar dari dalam, bukan yang berkilat kerana berminyak. Untuk mendapatkan kesan sebegini, sapukankan ‘highlighter’ di atas tulang pipi, tulang alis, dan bahagian tengah hidung sebelum menyapukkan bedak.

    c. Periksa Cela-cela Pada Wajah

    ‘Concealer’ berfungsi untuk menutup cela-cela yang terdapat pada wajah.Tetapi, jika ia terlalu tebal dan banyak, ‘concealer’ hanya akan membuatkan mekap kelihatan seperti topeng. Cara terbaik, sapukan ‘concealer’ anda secara tipis di tempat yang bernoda sebelumnya menggunakan alas bedak.

    d. Pilih Bedak Yang Tepat

    Jika kulit anda berminyak, pilihlah bedak tabur yang ‘translucent’ untuk mencegah kulit semakin berminyak. Sapukan secara merata, lebih-lebih lagi di sekitar mata dan mulut. Sapukan bedak dengan menggunakan span besar.

    e. Bermain Warna

    Tampil dengan mekap tipis bukan bererti wajah anda kelihatan pucat. Naikkan seri wajah dengan memilih warna kontra pada gincu bibir. Pilihlah yang berwarna lembut seperti merah jambu cerah dan oren lembut. Untuk mata, sebaiknya pilih yang berjenis ‘matte’. Hindari pembayang mata yang ‘glossy’. Jangan lupa sapukan pemerah pipi senada dengan warna gincu agar anda nampak segar berseri.

    f. Awas minyak!

    Akhir sekali, jangan lupa membawa kertas minyak atau pun tisu muka di dalam tas tangan anda. Kedua-dua barang ini diperlukan untuk menyerap minyak pada wajah. Cara ini lebih baik diguna pakai daripada anda harus mengaplikasikan bedak setiap sejam sekali kerana muka yang berminyak. Malah, ia juga menjimatkan penggunaan bedak muka anda.

    3) Buat Si Kulit Kering

    Tua sebelum usia, pasti anda tidak mahu perkara ini berlaku terhadap diri sendiri. Apa perasaan anda apabila ada orang yang meneka umur anda jauh lebih berusia daripada usia anda yang sebenar? Mungkin ada yang tidak kisah, tapi majoriti akan mula melatah. Kalau boleh biarlah sentiasa kelihatan awet muda walaupun usia sudah menginjak ke 50 tahun. Di mana silapnya?

    Sebenarnya untuk tampil awet muda, anda harus memelihara kecantikan dan kesihatan kulit, terutamanya kulit wajah. Kulit yang sihat akan membuatkan anda sentiasa kelihatan muda berseri. Kulit wajah yang kusam dan tidak bermaya hanya mencacatkan penampilan. Kulit kering memang memerlukan penjagaan yang rapi dan anda seharusnya mengikuti langkah-langkah tersebut untuk memiliki kulit wajah idaman.

    a. Bersihkan wajah dengan pembersih yang bersifat lembut. Lakukan sebelum anda tidur di malam hari. Pagi esoknya, memadailah dengan membasuh muka menggunakan air suam dan sapukan pelembap.

    b. Lakukan pengelupasan sel kulit mati seminggu sekali untuk menghindari kusamnya kulit. Pilih skrub yang butirannya kecil, halus serta lembut. Sebaik-baiknya hindari skrub yang terdiri daripada partikel garam atau pun ekstrak kacang. Skrub daripada jenis-jenis ini lebih kasar dan boleh menyebabkan kulit wajah cedera. Selain itu, kelembapan kulit juga akan hilang apabila menggunakan skrub daripada jenis.

    c. Seboleh-bolehnya, cuci muka dengan menggunakan air sejuk sahaja. Jika sering menggunakan air suam ia hanya menyebabkan kulit wajah semakin kering.

    d. Bersihkan wajah dengan susu pembersih. Jangan gunakan penyegar yang mengandungi alkohol.

    e. Gunakan tuala yang lembab untuk mengeringkan wajah setelah membersihkannya.

    f. Selesai dengan langkah-langkah di atas, jangan lupa untuk menyapu vitamin E. Kandungan asid lemaknya sangat baik untuk kesihatan kulit.
    -------------------------------------------------------------------------------------

    Sememang rupa paras seseorang itu adalah anugerah dari Yang Maha Esa. Meskipun rupa paras yg menawan, cantik atau menarik tak sepenuhnya menjanjikan sesuatu yg luar biasa bg tiap2 insan, namun tak salah jika ilmu ttg kecantikkan itu dipraktikkan & diterokai jika ianya b'sesuaian & melalui kaedah yg baik serta unsur2 yang halal, asalkan ianya tak sampai melanggar atau melupakan keperluan atau etika yg dituntut dalam agama, budaya mahupun logika.

    For those gurls or womans out there & inside dis sabahan.bigforumpro, wish u all Hepy Womans Day in the world! :wee: Ur beautiful bebehh.. Muah!!


    _________________

    eddy
    Laftenen
    Laftenen

    Male
    Number of posts : 455
    Age : 36
    Location : amsterdam konon...
    Popular :
    1 / 1001 / 100

    Registration date : 2009-02-16

    Re: Tips penjagaan wajah - bg wanita

    Post by eddy on Tue Mar 10, 2009 12:26 pm

    Selamat Hari Wanita Sedunia....Jadilah wanita yang mampu menggegar dunia Shocked Shocked Shocked

      Current date/time is Tue Dec 06, 2016 4:36 am