SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.
SABAH

Komuniti Sabah - Negeri Dibawah Bayu

SELAMAT DATANG KE SABAHAN.BIGFORUMPRO.COM BERFORUM UNTUK MENGUPAS PERSOALAN DAN SEGALA MASALAH YANG ANDA HADAPI BERSAMA-SAMA DENGAN RAKAN ONLINE SABAHAN. TEMUI PENYELESAIAN PERSOALAN ANDA MELALUI INTERNET.

    Hanya Lelaki - Pengakuan Duda

    Share

    yeokok_rosse@nanacey
    Sabahan Welcomer
    Sabahan Welcomer

    Female
    Number of posts : 10742
    Age : 68
    Location : keY keY lanD belOw da wiNd
    Popular :
    88 / 10088 / 100

    Registration date : 2008-11-11

    Hanya Lelaki - Pengakuan Duda

    Post by yeokok_rosse@nanacey on Wed May 13, 2009 4:18 pm

    Kehilangan isteri & anak kerana cemburu

    Kehilangan syaril menjadi pengajaran yang paling sukar diterima oleh aiman (Bukan nama seBenar) dan Zila (juga Bukan nama seBenar). semuanya BerpunCa dari sikap panas Baran dan CemBuru memBaBi Buta yang sukar dibendung aiMan.

    Beristerikan wanita yang cantik dan lemah lembut seperti Zila membuatkan hatinya tidak senang. Bukan kerana Zila berlaku curang tetapi kerana kecantikan Zila mudah memikat hati mana-mana lelaki yang memandangnya. Walaupun sudah beranak satu, Zila tak ubah seperti anak dara. Pernah sewaktu membeli-belah bersama isteri dan satu-satunya anak kesayangannya, Syaril, sekumpulan muda mudi cuba mendekati Zila.

    Habis ditumbuk dan dimaki hamun budak-budak yang cuba menggatal dengan isterinya. Sudahnya mereka pulang dengan tangan kosong tanpa sempat membeli-belah. Tidak cukup dengan itu, tiba di rumah Zila juga menjadi mangsa amarahnya. Walaupun jauh di sudut hatinya tahu Zila langsung tidak bersalah, namun perasaan marah yang membuak-buak dan sukar dibendung membuatkannya hilang kewarasan diri.

    Sudah acap kali kejadian ini berlaku. Malah, Aiman juga sudah beberapa kali berjumpa pakar kaunseling dalam usaha untuk memperbaiki sikap diri. Tetapi, paling lama sikap sabarnya hanya bertahan selama seminggu. Kemudian, sikap baran Aiman akan kembali semula dan kadangkala amarahnya melampau-lampau. Entah apa yang terbuku di hati Zila mengenai dirinya, Aiman sendiri tidak berani memikirkannya. Bimbang apa yang difikirkannya bakal menjadi kenyataan.

    Bukannya Aiman tidak sayangkan Zila tetapi dia sendiri lebih arif sikap barannya sukar diubah. Tanpa disedari sikap barannya memberi kesan terhadap anaknya. Syaril, dulunya seorang yang ceria dan aktif kini semakin menjadi pendiam. Mungkin kerana barannya yang tidak menentu sehingga kadangkala dilepaskan terus kepada Zila di hadapan anak kecilnya. Dek kerana barannya, Syaril semakin menjauhi dirinya dan lebih rapat ibunya.

    Kacau juga hatinya memikirkan anak kesayangannya tidak mahu berdekatan dengannya. Tahun lalu, Syaril sudah mula bersekolah di tahun satu. Setiap hari, Zila akan menghantar Syaril ke sekolah, menemaninya sehingga waktu rehat. Namun, tindakan Zila menjadikan api cemburunya semakin menyala-nyala. Sikap barannya menjadi-jadi.

    Semuanya gara-gara dia tidak senang dengan pandangan mata lelaki-lelaki lain terhadap isterinya. Berkali-kali pergaduhan terjadi antara mereka. Seperti biasa, Zila akan disakiti semahu-mahunya. Untuk tidak menjadikan keadaan lebih teruk, Aiman terus melarang Zila menemani Syaril di sekolah. Zila hanya dibenarkan menghantar dan mengambil Syaril sahaja.

    Anak alami kemurungan

    Tidak mampu melawan atau berkata apa-apa, Zila hanya akur walaupun di hatinya tidak menyenangi tindakan suaminya. Syaril pula, dilihatnya semakin takut dengan dirinya. Pantang terserempak di dalam rumah, Syaril akan seboleh-bolehnya mengelakkan diri. Tidak pernah mereka duduk di dalam satu tempat yang sama. Jika Aiman di ruang tamu, Syaril akan memerap di dalam bilik.

    Syaril tidak lagi lincah, aktif dan ceria seperti dahulu. Walaupun dengan ibunya sendiri dia lebih banyak menyendiri dan mendiamkan diri. Syaril seolah-olah berada dalam dunianya sendiri, keseorangan tanpa sesiapa di sisinya. Perubahan Syaril disangkanya hanya kerana tidak senang dengan sikapnya yang sering memukul dan menyakiti Zila. Tetapi, siapa tahu ia sebenarnya lebih daripada itu.

    Disebabkan terlalu tertekan dengan keadaan yang berlarutan begitu setiap hari, Syaril mengalami masalah kemurungan. Masalahnya semakin berat dan tidak tertanggung kerana umurnya yang masih kecil, dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Akibat tekanan yang melampau, sikap murungnya semakin teruk hingga tiada selera makan.

    Sebak di hati Aiman apabila suatu hari tergerak di hatinya untuk mengejutkan Syaril bangun ke sekolah. Anaknya terbujur kaku di katilnya, tidak lagi bergerak-gerak. Kemurungan yang dihadapinya telah membawa kepada kematiannya. Kenyataan tersebut membuatkan Zila bagaikan hilang akal. Di hatinya, hanya Syaril pengubat duka lara selama ini.

    Sungguh dia tidak dapat menerima apa yang berlaku kepada anaknya. Dia lebih rela dirinya disakiti tetapi dia tidak dapat menerima kehilangan Syaril. Tidak disangka anaknya yang menjadi satu-satunya kekuatan untuknya teruskan hidup bersama suaminya selama ini pergi meninggalkannya. Tiada apa lagi yang tinggal untuknya.

    Zila nekad memutuskan ikatan perkahwinan mereka. Baginya, sudah tiada erti lagi hidup bersama Aiman sedangkan nyawanya yang selama ini memberi kekuatan hidup padanya tiada lagi di sisinya. Berat untuk dirinya melepaskan Zila, namun bimbang memburukkan keadaan, Aiman terpaksa melakukannya. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

    http://www.karangkraf.com.my/E-majalah/MingWanita/newMW/content.asp?categories=MW13


    _________________
    http://yeokoklife.blogspot.com/


    Contact yeokok


    ~~the FutUre bElonGs tO tHosE wHo bElieVe In thE BeautY Of thEir DreamS~~


    Send IM

    (`._k: .)
    Laftenen
    Laftenen

    Female
    Number of posts : 524
    Age : 40
    Location : sandakan,KL,sandakan
    Popular :
    50 / 10050 / 100

    Registration date : 2009-04-29

    Re: Hanya Lelaki - Pengakuan Duda

    Post by (`._k: .) on Wed May 13, 2009 4:41 pm

    cemburu membabi buta mmg membawa padah.....sa pun ada cerita utk ini semua tapi sa lebih suka mendiam kan saja perkara ini....

    siapa yg salah???adakah salah berwajah cantik adakah salah berwajah hodoh....wanita makhluk yg susah d ramal nasibnya cantik susah tdk cantik pun susah akibatnya org lain yg menjadi mangsa.....

    rasa tdk percaya dgn pasangan harus d lihat dari segi keadaan.....klu tdk percaya buat apa mau berpasangan dgn c dia......mmg dia cantik tapi lebih berharga cantik keperibadian.....lagipun cantik hanya bersifat semantara sahaja ......pada kanak2 plak jgn lah d tunjukan sifat yg tdk seharusnya d nanmpak kan .....kanak2 makhluk yg tdk berdosa.....

    bertelagah sesama sendiri akan mempengaruhi kanak2.....apa lagi umur yg mc terlalu muda.....kanak2 mc tdk mengerti apa kan erti kehidupan dunia yg sebenar kita lah pembimbing kanak2....apa lagi bila kita lah ibu bapa kanak2 itu dan biasanya akan rapat dengan ibu bapa masing2...dan apa bila dia rasa ibu bapa sendiri sudah tdk selamat dia akan memencilakn dunianya dari org lain ...tdk mau berkongsi apa2.....

    dari cerita d atas kita seharusnya buat kesimpulan cemburu dan amarah baran yg tdk menentu akan merosakan segala2nya....boleh cemburu tapi bersebab.....saya pun cemburu juga tapi bersebab jgn sampai pasangan kita anggap kita beban yg tdk boleh d tanggung hanya kerana cemburu

    :tumbuk: :thinking:

      Current date/time is Tue Dec 06, 2016 2:37 am