SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.
SABAH

Komuniti Sabah - Negeri Dibawah Bayu

SELAMAT DATANG KE SABAHAN.BIGFORUMPRO.COM BERFORUM UNTUK MENGUPAS PERSOALAN DAN SEGALA MASALAH YANG ANDA HADAPI BERSAMA-SAMA DENGAN RAKAN ONLINE SABAHAN. TEMUI PENYELESAIAN PERSOALAN ANDA MELALUI INTERNET.

    Minda separa sedar..

    Share

    (o.egem.o)
    Forum Addicted
    Forum Addicted

    Male
    Number of posts: 4063
    Age: 29
    Location: d mana2 aku sll stay d c2 la..
    Popular:
    50 / 10050 / 100

    Registration date: 2009-01-28

    Minda separa sedar..

    Post by (o.egem.o) on Sun May 17, 2009 2:50 am

    Minda separa sedar. Kekuatannya mampu membuatkan yang sakit menjadi sihat, yang miskin menjadi kaya dan bermacam-macam lagi (dengan izin tuhan ler). Kepada mereka yang tahu bagaimana minda separa sedar berfungsi boleh memanfaatkannya untuk membolehkan kita mendapat apa yang kita hajati. Untuk kali ini saya akan memberikan 2 tips untuk membolehkan anda menggunakan minda separa sedar bagi membantu anda mencapai apa yang anda impikan.

    Seperti mana yang kita semua tahu, minda separa sedar ialah tempat di mana memori, kelakuan, habit, kepercayaan dan juga harapan anda di simpan. Lebih kurang 10% sahaja yang di kawal oleh minda sedar, dan yang selebihnya di lakukan oleh minda separa sedar. 90% daripada keputusan, tindakbalas, fikiran, dan juga perasaan anda di kawal pada tahap bawah sedar oleh minda separa sedar.

    Minda separa sedar juga mengawal denyupan jantung, sistem percernaan, sistem pernafasan tanpa anda sedari. Cuba bayangkan kalau anda kena berfikir berapa kali denyupan jantung seminit dan pada masa yang sama berfikir macamana nak bawak kereta, tak ke letih tu. Akan tetapi minda separa sedar juga tidak selalunya melakukan apa yang kita mahukan. Ramai yang tahu mereka mempunyai beberapa tabiat buruk dari segi perbuatan dan juga pemikiran. Mereka juga tahu untuk mencapai kejayaan, tabiat buruk tersebut haruslah di ubah tapi persoalannya bagaimana?

    Jawapannya mudah! Gunakan kekuatan minda separa sedar. Teknik yang pertama ialah saranan. Saranan positif yang di berikan pada minda bawah sedar mungkin diterima ataupun di tolak. Hipnosis adalah satu cara di mana saranan di beri untuk membolehkan perubahan. Apabila kita berada dalam keadaan rilek, minda sedar pun dah tak berapa sedar dan pintu gerbang ke minda separa sedar terbuka (luas atau tak luas bergantung pada keadaan rileks seseorang itu)

    Di waktu inilah saranan positif di berikan pada minda separa sedar dan jangan lupa tubuh dan minda haruslah berada dalam keadaan rileks dan tenang. Contoh - saya semakin kaya dan berjaya (bercakap dalam hati pada diri sendiri - angan-angan berarah). Tambahkan emosi dan kemahuan yang kuat dengan membayangkan anda sedang memandu kereta mewah atau tinggal di rumah mewah (gunakan imaginasi anda) supaya saranan lebih efektif.

    Di pendekkan cerita: Pastikan tubuh dan minda dalam keadan rileks - gerbang minda separa sedar terbuka - Berikan saranan positif dan di tambahkan dengan emosi supaya lebih efektif.

    Akan tetapi anda harus ingat, apa yang anda inginkan tidak akan berlaku sekelip mata. Cepat atau lambat bergantung pada anda. Mungkin ia akan datang secara tiba-tiba. Makin besar apa yang anda inginkan, makin lama ler tunggu yang penting positif thinking dan percaya anda berhak mendapat apa yang anda inginkan.

    (o.egem.o)
    Forum Addicted
    Forum Addicted

    Male
    Number of posts: 4063
    Age: 29
    Location: d mana2 aku sll stay d c2 la..
    Popular:
    50 / 10050 / 100

    Registration date: 2009-01-28

    Re: Minda separa sedar..

    Post by (o.egem.o) on Sun May 17, 2009 8:52 am

    Tip yang ke-2 ini adalah teknik pengulangan (repetition). Sebagai contoh, berikan saranan pada minda separa sedar supaya menerima idea yang anda adalah orang kaya dan berjaya. Teknik repetition boleh menyematkan idea ini ke minda separa sedar dengan lebih cepat dan mudah. Minda separa sedar lebih mudah menerima saranan dari repetition.

    Satu contoh mudah cuba sebut 236 0344 sekali, 10 minit lagi cuba ingat balik tanpa melihat nombor tersebut agak-agak bole ingat tak? Tapi kalau sebut 236 0344 lima puluh kali, 10 minit lagi kalau sebut mesti boleh ingat
    Jika selalu mengamalkan teknik repetition, saranan tersebut akan membentuk cara berfikir, tingkahlaku dan juga kepercayaan anda. Struktur minda akan berubah untuk menerima idea baru yang anda ini adalah seorang kaya dan berjaya. Apabila idea ini berjaya diterima tanpa ragu-ragu, maka secara automatik peluang-peluang (rezeki) akan datang dengan sendirinya.

    Kesimpulannya: Dalam keadaan releks, berikan saranan kepada minda bawah sedar berulang-ulangkali - gunakan teknik repetition ini pada waktu pagi atau malam (sebelum tidur) tambahkan dengan emosi yg kuat lebih kurang 10 minit untuk jangka masa sebulan atau lebih (bergantung pada anda)

    Kedua-dua tips minda separa sedar ini juga boleh membantu mengurangkan masalah mental dan juga emosi yang anda simpan selama ini yang kemungkinan besar adalah halangan yang membantutkan potensi anda. Kekuatan saranan positif ke minda separa sedar di gabungkan dengan teknik repetition adalah kunci untuk membuka minda anda untuk mencapai segala apa yang anda inginkan.

    (o.egem.o)
    Forum Addicted
    Forum Addicted

    Male
    Number of posts: 4063
    Age: 29
    Location: d mana2 aku sll stay d c2 la..
    Popular:
    50 / 10050 / 100

    Registration date: 2009-01-28

    Re: Minda separa sedar..

    Post by (o.egem.o) on Sun May 17, 2009 8:53 am

    na kuyak aku membaca..post jak la cini..share2 information.. sunny

      Current date/time is Sat Aug 23, 2014 3:27 pm