SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.
SABAH

Komuniti Sabah - Negeri Dibawah Bayu

SELAMAT DATANG KE SABAHAN.BIGFORUMPRO.COM BERFORUM UNTUK MENGUPAS PERSOALAN DAN SEGALA MASALAH YANG ANDA HADAPI BERSAMA-SAMA DENGAN RAKAN ONLINE SABAHAN. TEMUI PENYELESAIAN PERSOALAN ANDA MELALUI INTERNET.

    PENAWAR KANSER PENEMUAN PROFESSOR USM

    Share

    yeokok_rosse@nanacey
    Sabahan Welcomer
    Sabahan Welcomer

    Female
    Number of posts : 10742
    Age : 68
    Location : keY keY lanD belOw da wiNd
    Popular :
    88 / 10088 / 100

    Registration date : 2008-11-11

    PENAWAR KANSER PENEMUAN PROFESSOR USM

    Post by yeokok_rosse@nanacey on Mon Jun 01, 2009 3:07 pm

    info nie sa dapat dri sebuah lagi website sabahan..harap ia dapat memberi kta sedikit info pasal penyakit berbahaya ini 'KANSER'

    http://www.sabahforum.com/forum/viewtopic.php?f=32&t=12223&p=254941#p254941


    Professor USM Temui Keladi Tikus Rawat Kanser
    Akhbar Utusan 17.8.1998

    Sejenis tumbuh-tumbuhan dikenali sebagai 'keladi tikus' atau nama saintifik "Typhonium
    Flagelliforme" yang ditemui oleh seorang botanis hampir lima tahun lalu dipercayai
    boleh membantu pesakit kanser. Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kajihayat Universiti
    Sains Malaysia (USM), Prof. Christopher Teo Kheng Hoe berkata, 'keladi tikus' dijumpai
    secara kebetulan ketika seorang pesakit kanser meminta pertolongannya untuk
    membiakkan tumbuhan itu yang dipercayai boleh menyembuhkan penyakit. "Ketika itu
    saya terlibat dalam kajian membiakkan tumbuh-tumbuhan dan berjanji untuk membantu
    mereka membiakkan keladi tikus," katanya ketika dihubungi di Pulau Pinang baru-baru ini.

    Sejak itu, beliau mengesyorkan keladi tikus kepada kenalannya yang menghidapi
    penyakit barah dan sehingga kini ia berjaya menolong 800 orang pesakit tempatan dan
    luar negara termasuk dari New Zealand, Amerika Syarikat, India, Indonesia dan Australia.
    Menurut Prof. Teo, Keladi Tikus berkesan untuk menolong pesakit kanser kerana selama
    ini pesakit yang mengambil tumbuh-tumbuhan ini menunjukkan kesan yang positif.
    Bagaimanapun beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak masuk ke hutan mencari
    pokok keladi tikus ini untuk dimakan kecuali mereka benar-benar pasti ia benar-benar
    keladi tikus. "Apa yang saya khuatir mereka mengambil pokok keladi yang salah
    berdasarkan sesetengah buku rujukan memberi nama yang salah dan jika diambil boleh
    membawa maut," katanya. Prof. Teo memberitahu, keladi tikus semakin pupus tetapi
    boleh ditemui di kawasan paya dan terbiar serta didapati dijual di sesetengah pasar.
    Katanya, lebih empat tahun lalu beliau telah menemui satu cara mencampur keladi tikus
    dengan tumbuh-tumbuhan lain lalu memproses menjadikan kapsul untuk dimakan enam
    kapsul sehari. "Selain dari mengambil kapsul pesakit kanser, mereka juga boleh
    menggunakan cara yang lebih baik dengan memakan daun, atau akar umbi keladi tikus itu.

    Bagaimanapun, masalah tumbuhan ini ialah cepat layu dan rosak, jadi yang telah
    diproses itu tahan lebih lama," tambah beliau. Prof. Teo berkata, pesakit yang tidak
    mengambil kapsul hanya perlu mencuci dan merendam 50 gram atau empat atau lima
    pohon keladi tikus di dalam air selama setengah jam. Selepas itu, katanya, pesakit harus memerah jus keladi tikus dan mencampurkannya dengan madu untuk mengelakkan rasa gatal. Pesakit hanya perlu minum jus segar keladi tikus itu sekali sehari tetapi bagi mereka yang mengalami barah yang serius perlu mengamalnya tiga kali sehari," jelas beliau. Selain itu, menurut Prof. Teo, pesakit kanser juga harus mengubah cara hidup, pemakanan dan perlu menukar metabolisme badan serta mengamalkan penyembuhan kendiri (self healing)

    Sumber Maklumat:-

    http://www.cure4kanser.tk/


    _________________
    http://yeokoklife.blogspot.com/


    Contact yeokok


    ~~the FutUre bElonGs tO tHosE wHo bElieVe In thE BeautY Of thEir DreamS~~


    Send IM

      Current date/time is Tue Dec 06, 2016 4:38 am