SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.
SABAH

Komuniti Sabah - Negeri Dibawah Bayu

SELAMAT DATANG KE SABAHAN.BIGFORUMPRO.COM BERFORUM UNTUK MENGUPAS PERSOALAN DAN SEGALA MASALAH YANG ANDA HADAPI BERSAMA-SAMA DENGAN RAKAN ONLINE SABAHAN. TEMUI PENYELESAIAN PERSOALAN ANDA MELALUI INTERNET.

    Punca Kereta Hilang Pecutan

    Share

    IzuaL
    Admin
    Admin

    Male
    Number of posts : 1655
    Age : 89
    Popular :
    8 / 1008 / 100

    Registration date : 2008-10-31

    Punca Kereta Hilang Pecutan

    Post by IzuaL on Mon Jun 08, 2009 11:33 am

    SETIAP
    kali enjin tidak mengeluarkan daya penuh, tumpuan hanya diberi kepada
    masalah pada enjin, sedangkan dalam banyak keadaan, cekam atau brek
    yang bergesel menjadi puncanya. Biasanya, kerosakan sebegini terjadi
    kepada enjin yang sudah tua. Justeru, gejala ini kurang terjadi kepada
    kenderaan yang berjalan kurang daripada 100,000 kilometer.

    Harus
    diingat, ada beberapa punca yang menyebabkan berlakunya kerosakan itu,
    iaitu sama ada sambungan sistem batang pendikit (throttle) dari pedal
    petrol ke karburetor kurang baik, elemen daripada penapis udara kotor
    atau tersumbat dan saat penyalaan terlalu lambat.

    Kerosakan pada saluran minyak

    KEROSAKAN
    pada saluran minyak dalam karburetor dan pengatur saat penyalaan pada
    distributor tidak berfungsi dengan baik turut mempengaruhi prestasi
    pecutan sesebuah kereta.

    Berikutan itu apa yang perlu dilakukan ialah membuat beberapa pemeriksaan pada bahagian enjin kenderaan.

    Mula-mula,
    anda perlu memeriksa batang yang menghubungkan pedal petrol dengan
    karburator iaitu dengan memeriksa katup petrol (throttle) sama ada
    terbuka atau tertutup apabila pedal petrol dipijak dan dilepaskan
    kembali. Bagaimanapun, jika ada pasak sambungan yang sudah haus
    (sehingga sambungannya longgar), untuk sementara waktu keadaan itu
    dapat diperbaiki dengan menggunakan kawat atau pembalut getah.

    Penapis udara tersumbat

    KEMUDIAN
    anda perlu memeriksa penapis udara sama ada ia tersumbat. Apabila
    ternyata bahawa elemen penapis udara agak kotor, maka ia menunjukkan
    bahawa penapis udara itu tersumbat dan ia perlu dibersihkan segera. Ada
    dua jenis penapis udara iaitu penapis jenis kertas dan penapis dengan
    minyak. Cara membersihkan setiap jenis penapis adalah berbeza dan perlu
    dilakukan dengan cermat.

    Sekiranya penapis udara itu sudah lama
    digunakan, langkah terbaik adalah menukarnya kepada penapis baru supaya
    pengedaran udara dalam enjin lebih lancar.

    Selain itu, pembaikan
    kecemasan terhadap kerosakan yang terjadi akibat kemasukan petrol yang
    terlalu banyak atau terlalu sedikit dan kerosakan pada paip petrol
    serta kerosakan pada alat (vakum) pengatur saat penyalaan turut menjadi
    punca kepada masalah itu.

    Penyalaan enjin tidak tepat
    PENGGUNA
    kereta harus sedar dan sentiasa mengambil tahu apabila berhadapan
    dengan masalah prestasi pecutan kereta tidak memuaskan. Minta bantuan
    mekanik untuk memeriksa sistem penyalaan, penyaluran petrol kurang
    tepat atau tersumbat, enjin terlalu panas, kerosakan cekam (clutch),
    brek ketat atau tekanan enjin tidak cukup.

    Justeru, bila
    berhadapan dengan keadaan itu pemeriksaan terhadap puncanya dan
    pembaikan kecemasan boleh dilakukan, sama ada melakukan memeriksa
    sendiri (jika tahu) atau memanggil mekanik.

    Periksa sama ada
    penyalaan enjin kereta sudah tepat. Ini dilakukan dengan memeriksa
    palam pencucuh. Apabila nyalaan elektrik yang terjadi terlalu lemah
    atau tidak teratur, bukalah penutup pengagih dan periksalah suis
    penutup arus.

    Sistem penyaluran petrol

    PERIKSA
    sama ada sistem penyaluran petrol dalam keadaan baik. Apabila petrol
    yang mengalir ke dalam silinder tidak sesuai dengan yang diperlukan
    (terlalu banyak atau terlalu sedikit) keadaan itu boleh menyebabkan
    terjadinya campuran petrol dan udara kurang sempurna, sehingga
    keupayaan enjin akan berkurangan.

    Selain itu, perlu juga periksa
    sama ada penapis udara tersumbat oleh kotoran. Periksa juga sama ada
    injap udara (choke) berada dalam keadaan tertutup.

    Masalah enjin
    tidak menghasilkan daya penuh juga terjadi apabila enjin terlalu panas.
    Periksa juga adakah cekam rosak atau brek bergesel. Adakalanya enjin
    tidak mengeluarkan daya penuh bukanlah berpunca daripada masalah enjin
    itu sendiri.

    Cekam rosak atau brek yang bergesel menyebabkan
    keupayaan enjin tidak dapat disalurkan dengan baik sehingga menyebabkan
    gejala yang sama dengan keadaan enjin tidak mengeluarkan daya penuh..


    _________________
    Klik Untuk Mendapat Bantuan Sabahan Forum :
    Cara Berforum * Cara Daftar Ahli * Etika Sabahan Forum

    (o.egem.o)
    Forum Addicted
    Forum Addicted

    Male
    Number of posts : 4063
    Age : 31
    Location : d mana2 aku sll stay d c2 la..
    Popular :
    50 / 10050 / 100

    Registration date : 2009-01-28

    Re: Punca Kereta Hilang Pecutan

    Post by (o.egem.o) on Mon Jun 08, 2009 12:24 pm

    klu keta yg buang mobil mcm mana plak kesnya 2 bro?


    _________________

    Contact pengsem

    Life is like a novel..
    Life is like a boat..
    We write everythings..

    IzuaL
    Admin
    Admin

    Male
    Number of posts : 1655
    Age : 89
    Popular :
    8 / 1008 / 100

    Registration date : 2008-10-31

    Re: Punca Kereta Hilang Pecutan

    Post by IzuaL on Mon Jun 08, 2009 9:13 pm

    (o.egem.o) wrote:klu keta yg buang mobil mcm mana plak kesnya 2 bro?

    kereta buang mobil? ada kekeliruan aku nie sikit, maafkan aku.. apa maksud sebenarnyA?


    _________________
    Klik Untuk Mendapat Bantuan Sabahan Forum :
    Cara Berforum * Cara Daftar Ahli * Etika Sabahan Forum

    (o.egem.o)
    Forum Addicted
    Forum Addicted

    Male
    Number of posts : 4063
    Age : 31
    Location : d mana2 aku sll stay d c2 la..
    Popular :
    50 / 10050 / 100

    Registration date : 2009-01-28

    Re: Punca Kereta Hilang Pecutan

    Post by (o.egem.o) on Mon Jun 08, 2009 10:38 pm

    buang minyak enjin ba..


    _________________

    Contact pengsem

    Life is like a novel..
    Life is like a boat..
    We write everythings..

    Sponsored content

    Re: Punca Kereta Hilang Pecutan

    Post by Sponsored content Today at 2:26 am


      Current date/time is Sun Dec 11, 2016 2:26 am