SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.
SABAH

Komuniti Sabah - Negeri Dibawah Bayu

SELAMAT DATANG KE SABAHAN.BIGFORUMPRO.COM BERFORUM UNTUK MENGUPAS PERSOALAN DAN SEGALA MASALAH YANG ANDA HADAPI BERSAMA-SAMA DENGAN RAKAN ONLINE SABAHAN. TEMUI PENYELESAIAN PERSOALAN ANDA MELALUI INTERNET.

    'YONG MEI LING'..SURATAN ATAU KEBETULAN...

    Share

    natalia_jn
    Sarjan
    Sarjan

    Female
    Number of posts : 116
    Age : 35
    Location : Kota Kinabalu
    Popular :
    0 / 1000 / 100

    Registration date : 2008-12-24

    'YONG MEI LING'..SURATAN ATAU KEBETULAN...

    Post by natalia_jn on Thu Jun 25, 2009 9:58 pm

    SURATAN ATAU KEBETULAN



    Di kejauhan malam….

    Tabir rindu menjelma…

    Tatkala manusia-manusia nyenyak beradu

    Fikiran jauh melayang…

    Menyingkap sebuah peristiwa..



    Tanggal 13 Mei 1999… Tersingkap kembali..

    Tanggal keramat dalam diari kehidupanku…

    Di kala meniti usia awal 18 tahun

    Suatu peristiwa membongkar segala-gala…

    Peristiwa yang hampir meragut semangat dan keyakinan untuk berdiri…



    Sesungguhnya aku pasrah..

    Redha pada Qadha dan Qadhar Nya..

    Usah dikesalkan pada pertemuan…

    Kerana pertemuan ada hikmahnya..

    Walau sekuntum pilu tetap terpahat..



    Semalam..

    Telahku sulam bait-bait kasih sayang penuh indah…

    Untuk Arwah papa dan mama…

    Arwah papa dan mama disanjungi..



    Namun…Sebaliknya…Peristiwa 13 Mei 1999..

    Benar-benar menguji sanubariku…

    Tatkala diberitahu…

    Aku hanyalah ANAK ANGKAT!!!



    Inginku menangis dan menjerit..

    Namun hati ini melarang..

    Semangat dan budaya suku kaum ku yang telah sebati..

    Membuatkan hati ini tidak dapat menerima kenyataan..

    Kenyataan.. Bahawa aku sebenarnya gadis TIONG HUA!! TIDAK!!!



    Namun.. Siapa aku untuk mengubah takdir..

    Takdir.. yang meletakkan aku dibawah keluarga ‘YONG’…

    YONG MEI LING..Satu nama yang amat asing..

    Nama yang bertentangan dengan suku kaum KadazanDusun..



    Aku sebenarnya dalam kesamaran..

    Samar dalam mencari sebuah kepastian..

    Samada suratan atau kebetulan..

    Namun.. Aku terpaksa memihak pada takdir..

    Takdir yang mengajarku erti semangat..

    Semangat dua bangsa, adat dan budaya yang berbeza..



    Untuk Arwah papa dan mama….

    Dan untuk “Mr. & Mrs Yong’..

    Aku akan terus berjuang…Mengejar impian.. Mencari sinar harapan..

    Moga ada sekelumit rasa kasih untuk bangsaku sendiri..

    Moga satu hari akan terbuka hati untuk menerima kenyataan..

    Moga mentari akan terus bersinar..

    Menyinari mendung kesamaran..

    Untuk Hari ini..Esok..Lusa dan Selamanya..

      Current date/time is Tue Dec 06, 2016 2:33 am