SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.
SABAH

Komuniti Sabah - Negeri Dibawah Bayu

SELAMAT DATANG KE SABAHAN.BIGFORUMPRO.COM BERFORUM UNTUK MENGUPAS PERSOALAN DAN SEGALA MASALAH YANG ANDA HADAPI BERSAMA-SAMA DENGAN RAKAN ONLINE SABAHAN. TEMUI PENYELESAIAN PERSOALAN ANDA MELALUI INTERNET.

    rahsia disebalik kelahiran dan pasangan ideal

    Share

    shea
    Laftenen
    Laftenen

    Female
    Number of posts : 680
    Age : 29
    Popular :
    10 / 10010 / 100

    Registration date : 2008-08-25

    rahsia disebalik kelahiran dan pasangan ideal

    Post by shea on Mon Jul 27, 2009 6:34 pm

    Kalau anda dilahirkan pada 1hb, 10hb, 19hb, 28hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
    no.1
    Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu
    dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin
    mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari,
    berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda
    akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang
    matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan
    anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah
    dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda
    adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga
    orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga
    yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.
    Kalau anda dilahirkan pada 2hb, 11hb, 20hb, 29hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
    no.2
    Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang
    kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan.
    Embagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap
    diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda
    adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan
    berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri
    sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi
    lisan.. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi
    semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma
    Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang
    bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.
    Kalau anda dilahirkan pada 3hb, 12hb, 21hb, 30hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
    no.3
    Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat
    agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai
    masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda
    sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi
    anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda
    perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati
    orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan
    hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya
    anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan
    berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan
    membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal
    anda adalah no.6, 9.
    Kalau anda dilahirkan pada 4hb, 13hb, 22hb, 31hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
    no.4

    Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan
    menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang
    yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam
    penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau
    kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang.. Anda kena
    berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan
    mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang
    ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah
    tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang
    yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.
    Kalau anda dilahirkan pada 5hb, 14hb, 23hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
    no.5
    Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh
    menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal
    fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru.
    Anda adalah seorang yang kelakar di kalangan kawan-kawan dan ahli
    keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan
    anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia
    dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda
    mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda
    mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 ,
    2, 9.
    Kalau anda dilahirkan pada 6hb, 15hb, 24hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
    no.6
    Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa
    perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat
    pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius,
    baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik),
    mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan
    datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan
    kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah
    hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam.
    Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.
    Kalau anda dilahirkan pada 7hb, 16hb, 25hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
    no.7
    Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang
    yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam
    bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah
    sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan
    pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang
    amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri
    sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia
    ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira.
    Pasangan ideal anda adalah no..2.
    Kalau anda dilahirkan pada 8hb, 17hb, 26hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
    no.8
    Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang
    memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu
    benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah
    ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah.. Anda memperjuangkan
    keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan
    kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa
    dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan.
    Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat
    bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.
    Kalau anda dilahirkan pada 9hb, 18hb, 27hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
    no.9
    Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga
    mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah
    seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang
    boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada
    usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi
    apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang
    taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau
    perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan
    model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.


    _________________
    AlL tHe ImPoSsIbLe I wAnNa Do


    shea
    Laftenen
    Laftenen

    Female
    Number of posts : 680
    Age : 29
    Popular :
    10 / 10010 / 100

    Registration date : 2008-08-25

    Re: rahsia disebalik kelahiran dan pasangan ideal

    Post by shea on Mon Jul 27, 2009 6:42 pm

    shea wrote:
    Kalau anda dilahirkan pada 6hb, 15hb, 24hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
    no.6
    Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa
    perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat
    pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius,
    baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik),
    mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan
    datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan
    kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah
    hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam.
    Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.
    :miss:


    _________________
    AlL tHe ImPoSsIbLe I wAnNa Do


    beck.outlawz
    Kopral
    Kopral

    Male
    Number of posts : 30
    Age : 30
    Location : petaling jaya
    Popular :
    0 / 1000 / 100

    Registration date : 2008-12-10

    Re: rahsia disebalik kelahiran dan pasangan ideal

    Post by beck.outlawz on Mon Jul 27, 2009 7:40 pm

    aku dlm kategori no.9 Very Happy cm bgs jak bnyinya ni Very Happy hehe

    shea
    Laftenen
    Laftenen

    Female
    Number of posts : 680
    Age : 29
    Popular :
    10 / 10010 / 100

    Registration date : 2008-08-25

    Re: rahsia disebalik kelahiran dan pasangan ideal

    Post by shea on Mon Jul 27, 2009 7:43 pm

    beck.outlawz wrote:aku dlm kategori no.9 Very Happy cm bgs jak bnyinya ni Very Happy hehe
    Shocked


    _________________
    AlL tHe ImPoSsIbLe I wAnNa Do


    Sponsored content

    Re: rahsia disebalik kelahiran dan pasangan ideal

    Post by Sponsored content Today at 11:53 am


      Current date/time is Sun Dec 04, 2016 11:53 am