SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.
SABAH

Komuniti Sabah - Negeri Dibawah Bayu

SELAMAT DATANG KE SABAHAN.BIGFORUMPRO.COM BERFORUM UNTUK MENGUPAS PERSOALAN DAN SEGALA MASALAH YANG ANDA HADAPI BERSAMA-SAMA DENGAN RAKAN ONLINE SABAHAN. TEMUI PENYELESAIAN PERSOALAN ANDA MELALUI INTERNET.

    7 cara tampil menawan

    Share

    shea
    Laftenen
    Laftenen

    Female
    Number of posts : 680
    Age : 29
    Popular :
    10 / 10010 / 100

    Registration date : 2008-08-25

    7 cara tampil menawan

    Post by shea on Mon Jul 27, 2009 6:38 pm

    1. Jangan keterlaluan
    Anda tidak perlu mengenakan solekan yang keterlaluan untuk kelihatan
    cantik kerana is akan mencacatkan penampilan anda. Oleh itu, elakkan
    memakai penggaris mata yang terlalu gelap dan tebal kerana anda akan
    kelihatan keterlaluan dan merosakkan solekan anda. Selain itu, memakai
    maskara juga perlu bersesuaian dengan mata. Memakai terlalu banyak
    maskara menyebabkan bulu mata anda kelihatan seperti palsu.
    Begitu juga dengan bedak asas, is perlu sesuai dengan warna kulit
    muka. Jika tidak, wajah akan kelihatan terlalu gelap atau terlalu cerah
    daripada warna sebenar kulit anda. Jangan keterlaluan ketika mengenakan
    solekan agar wajah anda akan kelihatan cantik semulajadi.
    2. Mengenakan gincu dengan betul
    Mengenakan gincu perlu disesuaikan dengan bentuk bibir
    dan warna kulit. Agar sapuan gincu kelihatan cantik, terlebih dahulu
    gariskan bibir anda dengan penggaris bibir agar ia terbentuk dengan
    sempurna dan pastikan garisan bibir tersebut tidak kelihatan. Jangan
    mengenakan garisan di luar bibir jika mahu bibir anda kelihatan tebal
    kerana ia akan nampak tidak semula jadi.
    3. Sesuaikan solekan dengan majlis yang dihadiri
    Menghadiri sesuatu majlis atau sebarang aktiviti memerlukan anda
    mengenakan solekan yang berbeza. Oleh itu, anda perlu bijak dalam
    mengenakan solekan agar anda tidak akan kelihatan pelik ketika
    menghadiri majlis atau aktiviti tersebut.
    Amat tidak bersesuaian untuk anda jika mengenakan solekan yang tebal
    untuk melakukan aktiviti riadah di tepi pantai. Selain itu, anda perlu
    bijak membezakan antara solekan siang dan solekan malam.
    4. Jangan ragu-ragu mengenakan solekan
    Ada wanita yang masih ragu-ragu untuk mengenakan
    sebarang solekan kerana khuatir akan kelihatan pelik atau keterlaluan.
    Usah bimbang kerana anda hanya mulakan dengan solekan yang nipis dan
    gunakan warna yang lembut. Mengenakan solekan yang nipis lebih baik
    daripada tidak mengenakan sebarang solekan langsung.
    5. Mengenal pasti keseluruhan penampilan anda
    Penting untuk anda mengenal pasti apa yang bersesuaian dengan warna
    kulit, rambut dan juga bentuk muka dan badan. Pilih solekan yang sesuai
    dengan warna kulit agar ia kelihatan semula jadi. Contohnya, jika
    berkulit gelap, anda perlu mengenakan solekan dengan warna yang gelap.
    Selain itu, kenal pasti jenis kulit anda sama ada berminyak atau
    kering. Kulit yang berminyak memerlukan anda memakai pelembab yang
    mengawal minyak.
    6. Memilih warna rambut yang sesuai
    Sama seperti solekan, warna rambut juga perlu
    disesuaikan dengan warna kulit anda. Warna kulit yang cerah perlu
    disesuaikan dengan mewarnakan rambut dengan warna yang cerah begitu
    juga sebaliknya.
    7. Sentuhan terakhir
    Setelah mengenakan solekan dengan sempurna, pastikan anda sentiasa touch up agar solekan anda tidak hilang atau pudar.


    _________________
    AlL tHe ImPoSsIbLe I wAnNa Do


    lutau
    Kapten
    Kapten

    Female
    Number of posts : 1619
    Age : 37
    Popular :
    100 / 100100 / 100

    Registration date : 2008-07-12

    Re: 7 cara tampil menawan

    Post by lutau on Tue Jul 28, 2009 7:00 am

    idea! aku dah moved kan topik d section "wanita", k... idea!

    nice info, shea.. :best:
    yg penting apapun jenis gaya solekan yg dikenakan ianya mestilah b'sesuaian ngan dressing yg kita pakai supaya kita berasa selesa n konfiden ngan penampilan diri kita..hehe :amoi:

    tp, aku kan klu solekan tu mmg tak pkai maskara or penggaris mata tu.....sbb asal seja aku letak maskara/pengaris mata tu kan, mata aku mesti rs gatal n tak selesa..huhuu Rolling Eyes pdhal, aku suka tgok mata urg len klu pakai maskara tu...cantik jak tgok kann...lentik2 tu vulu mata..ekekke Twisted Evil


    yeokok_rosse@nanacey
    Sabahan Welcomer
    Sabahan Welcomer

    Female
    Number of posts : 10742
    Age : 68
    Location : keY keY lanD belOw da wiNd
    Popular :
    88 / 10088 / 100

    Registration date : 2008-11-11

    Re: 7 cara tampil menawan

    Post by yeokok_rosse@nanacey on Tue Jul 28, 2009 1:57 pm

    Smile nice info shea...well done....u rite...kecantikan bukan hanya d lihat dr luaran tp dari dalaman........jika kedua2nya di gabungkan...maka anda adalah wanita yg di cari n di idam2kn oleh si jejaka :wee:


    _________________
    http://yeokoklife.blogspot.com/


    Contact yeokok


    ~~the FutUre bElonGs tO tHosE wHo bElieVe In thE BeautY Of thEir DreamS~~


    Send IM

    shea
    Laftenen
    Laftenen

    Female
    Number of posts : 680
    Age : 29
    Popular :
    10 / 10010 / 100

    Registration date : 2008-08-25

    Re: 7 cara tampil menawan

    Post by shea on Tue Jul 28, 2009 9:03 pm

    tak cantik susa... cantik susa.. sedang2 pn susa scratch


    _________________
    AlL tHe ImPoSsIbLe I wAnNa Do


    not21
    Forum Addicted
    Forum Addicted

    Female
    Number of posts : 1810
    Age : 29
    Location : smwhere in kk
    Popular :
    0 / 1000 / 100

    Registration date : 2009-02-08

    Re: 7 cara tampil menawan

    Post by not21 on Sun Aug 09, 2009 10:07 am

    Very Happy suka natural look ehehe tp kalo juin kengkawan yg gila2 pasal ne, memang men warna la ekeke.. nice info shea ehehe yup2 a lot cara ne ada kengkawan not yg apply... ehehe Very Happy


    _________________
    )">

    asam__86
    Kadet
    Kadet

    Male
    Number of posts : 9
    Age : 30
    Popular :
    0 / 1000 / 100

    Registration date : 2010-01-19

    Re: 7 cara tampil menawan

    Post by asam__86 on Fri Jan 22, 2010 1:00 am

    sy tidak mau yg santik2(bkn om) (bkn mau rasist jga)..ckup la pandai jga sy..kasi makan sy..(warganegara..paling bagus ada darah kadazan dgn bajau..hehe)..lau sy ada bini lawa pn..nt lau dia minta beli make up mahal2..abis la duit saya..

    asam__86
    Kadet
    Kadet

    Male
    Number of posts : 9
    Age : 30
    Popular :
    0 / 1000 / 100

    Registration date : 2010-01-19

    Re: 7 cara tampil menawan

    Post by asam__86 on Fri Jan 22, 2010 1:03 am

    skrg sy suda ada yg istimewa.. mmg byk pmpuan cantik..tp dia ni lain..dia bt aku risau..dia bt aku mrh..dia bt aku rindu..dia bt aku..sedih..yg penting aku syg dia..aku jaga dia slagi aku masi hidup..(kalau pnjang lg ayat ni buli buat lagu ni)

    -------riena------
    Prebet
    Prebet

    Female
    Number of posts : 15
    Age : 30
    Location : volgograd...
    Popular :
    0 / 1000 / 100

    Registration date : 2010-01-23

    Re: 7 cara tampil menawan

    Post by -------riena------ on Sat Jan 23, 2010 4:25 pm

    ---nice info.....tp sa nda suka mekap2....kalo sa mekap sa rs bida ...sa rs macam gam malakat di muka ....anyhow....cantik itu subjektif---

    Sponsored content

    Re: 7 cara tampil menawan

    Post by Sponsored content Today at 2:34 am


      Current date/time is Tue Dec 06, 2016 2:34 am