SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.
SABAH

Komuniti Sabah - Negeri Dibawah Bayu

SELAMAT DATANG KE SABAHAN.BIGFORUMPRO.COM BERFORUM UNTUK MENGUPAS PERSOALAN DAN SEGALA MASALAH YANG ANDA HADAPI BERSAMA-SAMA DENGAN RAKAN ONLINE SABAHAN. TEMUI PENYELESAIAN PERSOALAN ANDA MELALUI INTERNET.

    Adakah anda seorang berfikiran positif?...

    Share

    khurayatz
    Sarjan
    Sarjan

    Male
    Number of posts : 70
    Age : 33
    Location : anywhere..
    Popular :
    100 / 100100 / 100

    Registration date : 2008-09-13

    Adakah anda seorang berfikiran positif?...

    Post by khurayatz on Wed Sep 17, 2008 6:21 pm

    Tahukah anda, jika anda ingin menjadi orang yang berjaya anda
    perlulah memiliki minda dan pemikiran yang positif. Dengan
    berfikiran positif hidup anda akan lebih tenang dan tidak mudah
    stress. Stress juga akan mengakibatkan emosi anda tidak seimbang
    dan anda tidak mampu untuk menggunakan sepenuh potensi anda untuk
    berjaya. Saya teringat satu cerita...

    Al-kisah, ada sebuah bas yang penuh dengan penumpang tapi bukanlah
    padat sangat cuma tempat duduk dalam bas tu sahaja yang penuh.
    Jadi, seorang pak cik ni dengan 3 orang anaknya yang masih kecil
    baru sahaja menaiki bas tersebut. Anak-anak kecil tersebut
    tersangatlah nakal! Mereka membuat bising, memekik, mengacau orang
    dan sebagainya. Bayangkan... anda berada dalam bas tersebut dan
    anak-anak kecil tersebut membuat bising. Kemudian, ketika anda
    sedang membaca surat khabar... anak-anak kecil ini datang dan tarik
    surat khabar anda. Ayah kepada anak-anak kecil itu pula hanya
    senyum dan buat tak tahu.

    Saya pasti sudah tentu anda sangat marah dengan anak-anak kecil
    tersebut bukan? Saya pasti jika diberi peluang sudah tentu anda
    mahu lempang anak-anak kecil tersebut hahaha! Ada seorang mak cik
    di atas bas tersebut begitu hairan. Kenapa ayah beliau tidak marah
    kepada anak-anak kecil tersebut? Mak cik tersebut segera menanyakan
    soalan kepada pak cik tersebut. "Kenapa tak melarang anak-anak kamu
    yang sedang membuat kacau dalam bas ni?" tanya mak cik tu kepada
    ayah anak-anak kecil tersebut. Beliau menjawab "Biarlah... biarlah
    mereka bergembira seketika kerana anak-anak kecil tersebut masih
    tidak tahu bahawa ibu mereka meninggal pagi tadi di hospital. Kami
    ni naik bas untuk ke sana" jawab pak cik tersebut tunduk.

    Kini, jika anda berada dalam bas tersebut... saya yakin anda tidak
    akan marah terhadap anak-anak kecil tersebut. Betul tak? Jika
    sebelum ini anda stress dengan kelakuan anak-anak kecil tersebut,
    kini anda tidak marah lagi. Kenapa? Bukan kerana ibu anak-anak
    kecil tersebut mati... tetapi kerana ANDA BERFIKIRAN POSITIF! Jika
    anda berfikiran positif, pasti semua masalah yang datang akan dapat
    diselesaikan dengan cara yang terbaik.

    Selepas ini, beranggapan baiklah sesama manusia.

    lutau
    Kapten
    Kapten

    Female
    Number of posts : 1619
    Age : 37
    Popular :
    100 / 100100 / 100

    Registration date : 2008-07-12

    Re: Adakah anda seorang berfikiran positif?...

    Post by lutau on Thu Oct 23, 2008 10:08 am

    Ada unsur nilai2 murni yg baik dlm cerita ni... Selain drpd menyemai pemikiran POSITIF, ia juga mengajar kita supaya bersabar dalam menghadapi situasi2 yang tertentu dan juga yg penting beranggapan baik sesama manusia.

    Sebagai manusia biasa, kita tidak terlepas drpd pelbagai ujian hidup. So, mungkin hari ini kita melihat suka duka org lain di sekeliling kita. Tapi, esok atau lusa entah giliran siapa..mungkin diri kita sendiri atau ahli keluarga kita mahupun sahabat atau rakan yang lain tak kiralah yg kita kenal atau tidak.

    Namun, apapun bentuk situasi yg mungkin dan bakal kita akan alami itu, maka berfikiran POSITIFlah dan bersabar..insyaallah kita akan dapat hadapi situasi berkenaan dgn sebaik mungkin. Meskipun perit untuk menghadapinya, tapi dengan minda yg positif dan ditambah lagi dgn berkat kesabaran, maka sudah pasti akhir kesudahan yg baik akan kita terima..

    Satu motivasi yg baik untuk diri sendiri. I love you

      Current date/time is Sun Dec 04, 2016 11:53 am