SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.
SABAH

Komuniti Sabah - Negeri Dibawah Bayu

SELAMAT DATANG KE SABAHAN.BIGFORUMPRO.COM BERFORUM UNTUK MENGUPAS PERSOALAN DAN SEGALA MASALAH YANG ANDA HADAPI BERSAMA-SAMA DENGAN RAKAN ONLINE SABAHAN. TEMUI PENYELESAIAN PERSOALAN ANDA MELALUI INTERNET.

    Motivasi: Bagaimana Nak Berhadapan Dgn Org Yg B'fikiran Negatif?

    Share

    lutau
    Kapten
    Kapten

    Female
    Number of posts : 1619
    Age : 37
    Popular :
    100 / 100100 / 100

    Registration date : 2008-07-12

    Motivasi: Bagaimana Nak Berhadapan Dgn Org Yg B'fikiran Negatif?

    Post by lutau on Sat Jan 17, 2009 12:54 pm

    Bagaimana nak berhadapan dengan orang yang berfikiran negatif, berkata-kata yang negatif, penuh umpatan, caci maki dan buruk sangka?

    Anda hanya perlu ..


    1. Biarkan Mereka Bercakap.

    Diamkan diri dan biarkan saja mereka bercakap, bercakap dan terus bercakap. Orang berfikiran negatif dikuasai oleh ego dan emosi tak puas hati.

    Mereka akan lebih melenting bila orang lain membangkang idea, saranan dan kata-kata mereka. Cara terbaik, Anda diam saja. Cuma perlu senyum saja dengar kata-kata mereka.


    2. Bina Benteng Minda.
    Mendengar kata-kata negatif saja sudah cukup untuk ‘meracuni’ minda Anda. Nak maintain fikiran positif yang Anda dah bina, perlu sediakan benteng minda.

    Sepeti komputer, sediakan ‘firewall’ dalam minda Anda untuk menahan serangan kata-kata negatif.

    Dalam erti kata lain, perlu banyak bersabar. Banyakkan istighfar kerana dengan rajin beristighfar, dapat membuang unsur fikiran negatif lalu meneutralkan gelombang negatif yang terbit dari minda setelah mendengar kata-kata negatif tadi.

    Perkataan dalam ayat yang kita dengar boleh menerbitkan gelombang minda berlainan.

    Sebaik saja minda Anda menangkap perkataan negatif, serta merta emosi Anda juga turut berubah menjadi negatif kerana energi gelombang yang terbit dari minda adalah negatif.

    So, tukarkan ia menjadi positif dengan banyak beristighfar. Biar rasa kemaafan tu meresap jauh ke dalam sanubari Anda, sejauh yang mungkin, sedalam yang mungkin.

    Menyerah atau menyokong kata-kata negatif akan menghancurkan diri Anda sendiri, sebab ia akan menarik situasi negatif, fikiran negatif orang lain dan benda-benda negatif. Kesannya, ada saja yang terjadi tanpa kemahuan Anda. Misalnya, masalah kewangan yang muncul tiba-tiba, kereta rosak tiba-tiba, masalah di tempat kerja, kunci Anda hilang, hanphone hilang dan masalah lain yang sememangnya tidak di duga.

    Semua ini ada kaitannya dgn hukum "sebab & akibat"....to be continue


    teaser :tbad: :bla: :hide:


    _________________

    Akak_ramlah
    Sarjan
    Sarjan

    Female
    Number of posts : 107
    Age : 37
    Popular :
    100 / 100100 / 100

    Registration date : 2008-07-15

    Re: Motivasi: Bagaimana Nak Berhadapan Dgn Org Yg B'fikiran Negatif?

    Post by Akak_ramlah on Sat Jan 17, 2009 3:28 pm

    1. Biarkan Mereka Bercakap.
    Diamkan diri dan biarkan saja mereka bercakap, bercakap dan terus bercakap. Orang berfikiran negatif dikuasai oleh ego dan emosi tak puas hati.

    Mereka akan lebih melenting bila orang lain membangkang idea, saranan dan kata-kata mereka. Cara terbaik, Anda diam saja. Cuma perlu senyum saja dengar kata-kata mereka.


    sll amalkan yg kat atas ehehe...

    Very Happy

    cheunited
    Laftenen
    Laftenen

    Male
    Number of posts : 986
    Age : 30
    Location : reaper town
    Popular :
    279 / 100279 / 100

    Registration date : 2008-12-16

    Re: Motivasi: Bagaimana Nak Berhadapan Dgn Org Yg B'fikiran Negatif?

    Post by cheunited on Sat Jan 17, 2009 6:09 pm

    yeah biarkan mereka bercakap
    tapi situasi bgini ngam dgn org baran dan org yg mendengar org penyabar
    klu dua2 panas baran bisa gaduh tu :malas:

    Sponsored content

    Re: Motivasi: Bagaimana Nak Berhadapan Dgn Org Yg B'fikiran Negatif?

    Post by Sponsored content Today at 10:20 am


      Current date/time is Mon Dec 05, 2016 10:20 am