SABAH

...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke forum sabahan.bigforumpro.com
Selain daripada berforum di sini, komuniti ini juga aktif dalam outing di luar.

Mulaakan Topik Forum Anda hari ini untuk mendapatkan feedback daripada user lain.
SABAH

Komuniti Sabah - Negeri Dibawah Bayu

SELAMAT DATANG KE SABAHAN.BIGFORUMPRO.COM BERFORUM UNTUK MENGUPAS PERSOALAN DAN SEGALA MASALAH YANG ANDA HADAPI BERSAMA-SAMA DENGAN RAKAN ONLINE SABAHAN. TEMUI PENYELESAIAN PERSOALAN ANDA MELALUI INTERNET.

    Motivasi: Hukum Sebab & Akibat

    Share

    lutau
    Kapten
    Kapten

    Female
    Number of posts : 1619
    Age : 37
    Popular :
    100 / 100100 / 100

    Registration date : 2008-07-12

    Motivasi: Hukum Sebab & Akibat

    Post by lutau on Sat Jan 17, 2009 1:48 pm

    Berikut adalah topik yg ada kaitannya dgn topik Motivasi : Bagaimana Nak Berhadapan Dgn Org Yg B'fikiran Negatif; iaitu hukum "Sebab & Akibat" atau klu dlm english nya tu Law Of Cause & Effect..hehehe...

    Apakah itu hukum Sebab & Akibat?

    Maksudnya, apa yang kita capai hari ini adalah kesan dari perbuatan kita, niat kita dan mind setting kita satu ketika dulu. Diri Anda hari ini adalah yang Anda fikirkan di masa lepas, mungkin satu minggu yang lepas atau bulan lepas mahupun tahun lepas.

    Kesan dan akibat sama juga dengan menanam benih pokok. Jika kita tanam benih jagung dan kita siram, dua minggu kemudian ia akan tumbuh menjadi pokok jagung. Kalau kita tanam benih jagung yang baik, sudah semestinya kita tahu pokok jagung yang tumbuh jadi yang terbaik sebab kita pasti benih yang kita tanam adalah dari benih yang cukup baik.

    Jika kita menanam sebab yang positif maka akibat dari itu kita akan mendapat kesan yang positif juga.

    Berbalik pada hal minda dan pemikiran, jika kita masukkan minda kita dengan pemikiran yang baik-baik dan yang positif, perilaku kita juga akan jadi positif dan segala yang ada pada diri kita berubah jadi positif.

    Kalau kita asyik tahu mengkondem, mengomen dan memasukkan fikiran kita dengan tanggapan buruk (dengki, iri hati, cemburu, melalut, menyampah) sudah tentu segala apa yang ada pada diri kita juga semuanya buruk-buruk juga.

    Orang yang cemerlang, usahawan Internet yang berjaya dan jutawan-jutawan muda semuanya baik-baik belaka, berfikiran positif dan tiada satupun yang berperangai negatif atau yang berfikiran tak baik. Mereka tahu kalau mereka memasukkan pemikiran negatif, hasilnya juga sudah tentu negatif dan mereka takkan dapat apa yang mereka mahukan .

    Jadi, mereka memilih untuk jadi orang yang sentiasa berfikiran positif, menanam sebab-sebab untuk menjadi orang yang positif untuk mendapat kesan (outcome) yang positif, yang cemerlang, yang luar biasa hebat pencapaiannya.

    Untuk Anda, sematkan pemikiran yang baik-baik di dalam minda. Anda adalah apa yang Ada fikirkan. Jadi, pilih untuk menjadi orang yang bertindak positif, berfikiran positif tidak mencukupi, Anda perlu bertindak positif.

    Cool Very Happy :miss: :thinking:


    _________________

    cheunited
    Laftenen
    Laftenen

    Male
    Number of posts : 986
    Age : 30
    Location : reaper town
    Popular :
    279 / 100279 / 100

    Registration date : 2008-12-16

    Re: Motivasi: Hukum Sebab & Akibat

    Post by cheunited on Sat Jan 17, 2009 6:22 pm

    teruskan menulis lutau..
    bagusnya klu smua org org di motivasikan :best:

      Similar topics

      -

      Current date/time is Sun Dec 11, 2016 2:28 am